Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Masa Arwah Suami Sakit Tak De Pun Adik Beradik Datang, Perbuatan Adik Ipar Lelaki Terhadap Kakak Iparnya Tidak Berhati Perut

***Tahun lepas, kami p Penang buat kuliah Maghrib berkenaan topik Harta Pusaka di sebuah masjid dkt Kepala Batas. Lepas habis kuliah, ada sorg makcik mai jumpa kami nak minta tlg kira faraid suaminya yang baru ja meninggal.

Makcik: Hangpa boleh tolong kira faraid untuk arwah suami makcik?

Perunding: Boleh makcik, apa salahnya. Tapi sebelum kira kami kna knai pasti siapa waris-waris arwah?

Makcik: Waris arwah pakcik ada dua ja, makcik dan adik ipaq makcik. Makcik takda anak.



Perunding: Oh, lagu tu senang la makcik, kami biasa kira waris yang berlapis-lapis sampai 20-30 orang pun pernah. Kes makcik ni kacang ja.
Makcik: Ok, kalau dua org lagu mana ni?

Perunding: Senang giler makcik, makcik sebagai isteri dan tidak dikurniakan cahaya mata, bahagian makcik 1/4. Dan bakinya akan dapat kat adik ipaq makcik selaku waris asobah. Asobah ni penghabis baki.
Makcik: Aik, kamu biaq betoi? Makcik kan isteri pakcik, ini tidak adil! Patut makcik la dapat lebih. Dahla si Seman tu masa arwah sakit pun tak pernah mai jenguk.

Perunding: Tak boleh kata lagu tu makcik, inikan hukum Allah. Ada sebabnya macam tu, adik ipaq makcik tu mesti bertanggungjawab

atas kebajikan makcik, sebab tu bahagian dia lebih. Dia kna jaga makcik, macam jaga kak kandung dia.

Makcik: Baiklah, terima kasih ya. Nanti makcik habaq kat dia lagu tu.
***2 3 bulan lepas tu makcik tadi call kami lagi..

Makcik: Encik, makcik nak minta tolong ada masalah sikit ni, duit cash dan kwsp arwah makcik dah selesaikan, makcik ambil 1/4, baki 3/4 dah bagi kat adik ipaq. Tapi, rumah yang makcik duduk la ni lagu mana?

Perunding: Senang je makcik, makcik ambil pisau, makcik kerat 3/4. Lagi 1/4 makcik duduk la situ.

Makcik: Uish hangpa ni gila ka? lagu mana nak kerat rumah? Hang ingat kek ka?
Perunding: Hehe, gurau ja makcik, begini makcik, dalam fikh mawarikh ni, ada satu kaedah dinamakan Taharuj dimana waris dibenarkan untuk melepaskan bahagiannya atas kerelaan sendiri. Jadi, makcik pi lah jumpa adik ipaq makcik tu dan mintalah dia lepaskan bahagiannya 3/4 daripada rumah makcik tu. Belanja la dia nasik kandaq ka.

Makcik: Oo, boleh ya? Makcik ingat wajib kna faraid.

Perunding: Dak aihh makcik, boleh kalau nak lepaskan bahagian.

Makcik: Baiklah, makcik pi jumpa dia naa. Terima kasih.

***Makcik tu pun pi la jumpa adik ipaq dia bernama Seman, nak mintak lepaskan bahagian.

Makcik: Seman, oo seman, akak nak cakap sikit dengan hang ni.

Seman: Apa dia kak? Ada lagi ka duit arwah nak bagi kat saya?

Makcik: Dak aihh, ni kak nak habaq sikit ni, pasai rumah yang kak duduk la ni, hang lepaihkan la bahagian hang 3/4 tu naa..lagipun kan hang dah ada rumah dah kemaih dah ni. Boleh naa?

Seman: Oo pasai tu, saya pun ada terpikiaq lagu tu gak kak, saya pun dah ada rumah buat apa nak sibuk hok rumah kak pulak.

Makcik: Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Allah panjangkan usia hang, terima kasih banyak-banyak nooo Seman. Hang lah orang yg paling handsome kat Peneng ni!!

Seman: Eh, kak sat sat sat. Saya tak habih cakap lagi kak. Saya boleh lepaskan bahagian saya dengan syarat akak kna bayaq kat saya 3/4 daripada nilai rumah mengikut harga semasa.

Makcik: Tudia aihh, mana kak ada duit banyak tu. Sian la kat kak ni Seman.

Seman: Saya taktau la kak, kalau kak xdak duit, kita juai la rumah tu. Duit kita bahagi la ikut faraid.

***Nilai rumah makcik tadi lebih kurang RM500,000. 3/4 daripada itu lebih kurang RM375,000. Akhirnya makcik ni terpaksa menjual rumah yang penuh dengan kenangan berpuluh-puluh tahun dengan arwah suaminya sebab xde cash nak bayar kat adik ipaq dia.

Dahla dapur pun renovate pakai duit makcik. Hasil daripada jualan rumah tu tadi, makcik serahkan 3/4 kepada adik ipaqnya, dan makcik tadi terpaksa lah pi menyewa kat rumah lain. Ini adalah kisah benar pengalaman perunding kami di Kepala Batas, Pulau Pinang.

P/s: semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini dan membuat perancangan harta seperti hibah supaya tidak terjadi kes sadis seperti makcik kat penang ni, terutama bagi golongan kritikal seperti yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja, tidak dikurniakan anak, tidak berkahwin dan yang berpoligami.

Jika anda ada kisah yang nak dikongsikan kepada kami, bolehlah inbox kami supaya kita boleh ambil iktibar bersama.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Masa Arwah Suami Sakit Tak De Pun Adik Beradik Datang, Perbuatan Adik Ipar Lelaki Terhadap Kakak Iparnya Tidak Berhati Perut . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top