Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang bayi baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di dalam semak

*BULETIN INFO🇲🇾*
*BAYI DITEMUI DALAM SEMAK*
--------------------------------


25 Nov 2016, Jumaat
Berita Sarawak
*******************************


MIRI: Seorang bayi baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di dalam semak berhampiran sebatang jalan di Tudan Desaras Fasa 6, di sini awal petang semalam.


Bayi perempuan itu ditemui oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di jalan berkenaan apabila terdengar bunyi tangisan bayi dari dalam semak sekitar jam 2 petang.

Apabila diperiksa, mereka terkejut mendapati ia adalah tangisan seorang bayi yang berbungkus dengan kain, lalu bertindak mendapatkan bantuan serta menghubungi pihak polis.

Bayi tersebut yang masih bertali pusat berserta uri dibungkus dengan kain batik berwarna biru yang dibasahi dengan air ketuban, dipercayai baharu dilahirkan pada tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Khoo Leng Huat yang mengesahkan penemuan itu memberitahu anggota polis di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 2.52 petang yang memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dan masih bernyawa di tepi sebatang jalan di Tudan Desaras, Fasa 6.

Katanya, ketika pihak polis mengambil bayi tersebut, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badannya dan telah diserahkan kepada doktor di bahagian kecemasan Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut.
Kiriman:



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang bayi baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di dalam semak . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top