Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Anak-Anak Minta Aku Printkan Gambar Najib Inginkan Untuk Apa Rupanya Ini Kerjanya, Pasti Anda Terkejut Apa Yang Dibuat Anak-Anak Kecil Ini Pada Gambar Najib

KUALA LUMPUR - Kelmarin, seorang peniaga memuat naik gambar anak-anaknya sedang menghalakan senapang pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diletakkan di sebuah kerusi.



Gambar yang dirakam di rumah Ibrahim Harun itu telah mendapat 213 Shares dan 1,315 Like di laman Facebook.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEeyHfjbnooAcUFbV7LU_UKzGkeoyp5_TkAbNpETu7ER4a89G_lyOI9SEZorC1tmDT_GNUvDXbXNmZzd24n9zYaBsquP5foZyngLjc73MG2YTnpgwx6FmGpzqwPuE-7E9y2K7WRIZIrtpz/s1600/1+%25281%2529.png

"Anak-anak minta aku print gambar Najib. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya ini kerja dia. Adoi, penat-penat. Itulah, jahat sangat khianat rakyat!

"Ramai yang bagi pandangan positif dan negatif. Terima kasih semua atas teguran dan nasihat.

"Jawapan aku untuk gambar ini, anak-anak aku benci Najib sebab aku benci Najib. Aku peniaga, hari-hari mulut ni duk maki Najib sebab kenaikan kos sara hidup.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8uQpfJ5wt7Z7Q0-oNYU1imYejja-A9x4E4QfaF4uvi1BXr8f5mLVirHJNrDqeVxIHuedQX65iBU_a6GWoQGUYMTCa6Vtrf4NSGP6UGYABYfEmuMtoIdpn9XMHv9rXwoKWiMXg83XCJB6q/s1600/anak+najib.jpg

"Anak-anak minta belikan mainan, aku selalu cakap tak ada duit sebab Najib dah ambil duit kita. Last-last minta belikan senapang di Sabasun Hyper Runcit. Harganya murah dan membantu peniaga Islam. Mungkin kerana itu anak-anak aku tahu siapa yang mereka perlu benci," katanya.

Walaupun Ibrahim telah memberikan alasannya, namun rakan-rakan tetap menggesanya membuang gambar tersebut kerana bimbang dirinya akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Kalau tak suka pun, jangan ajar anak seperti ini. Ajar anak-anak erti kasih sayang, bukannya kebencian.

"Kalau anak berkehendak ibu bapanya print gambar Najib pun, ibu bapa ada kuasa menegah. Didik mereka dengan cara yang betul. Beri mereka kefahaman apa salah silap pemimpin itu. Bila dewasa kelak, mereka tahulah apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kefahaman akal, bukannya berdasarkan sentimen kebencian semata-mata," kata netizen. mediahub-m.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Anak-Anak Minta Aku Printkan Gambar Najib Inginkan Untuk Apa Rupanya Ini Kerjanya, Pasti Anda Terkejut Apa Yang Dibuat Anak-Anak Kecil Ini Pada Gambar Najib. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top