Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Harga Barang Naik Selepas GST, Rakyat tak Boleh Salahkan Saya Tetapi Kena Marahkan Peniaga Yang Tak Turunkan Harga Jualan

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak sepatutnya marah kepada beliau bila harga barang tidak turun selepas perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, katanya, peniaga yang tidak beretika degil dan enggan menurunkan harga barang, lapor FMT.

"Selepas GST, barang seperti buah-buahan yang dahulunya dikenakan cukai 5% tidak lagi dicukaikan. Barang seperti perabut dan barangan elektrik yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10% turun ke 6%.

"Inilah contohnya apabila saya kata GST boleh turunkan harga barang," katanya menjawab soalan hadiran di sesi taklimat TPPA, petang semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, rakyat sepatutnya halakan kemarahan mereka terhadap peniaga yang tidak beretika menyebabkan harga barang tidak turun, bukannya pada kerajaan.

"Saya kata GST boleh turunkan harga barang, tetapi tak kata harga barang mesti turun. Jadi, jangan marah Ahmad Maslan tetapi peniaga yang tidak turunkan harga barang. Ahmad Maslan kena bantai walaupun cakap perkara yang betul," katanya. pejuangpakatan.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Harga Barang Naik Selepas GST, Rakyat tak Boleh Salahkan Saya Tetapi Kena Marahkan Peniaga Yang Tak Turunkan Harga Jualan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top