Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya rasa marah dan terhina’

Seorang peniaga di Pekan Jementah, di sini, membuat satu laporan polis di Balai Polis Jementah, malam kelmarin, bagi meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap sebuah klip video yang mempersendakan Islam
.



Mohd Nohor Kunchi Mohamed, 48, berkata, di dalam video berdurasi 36 saat itu, dia melihat lima lelaki sedang menunaikan solat jenazah dengan di hadapan mereka terdapat seorang lagi lelaki lengkap berkain kafan berlakon menjadi jenazah.

“Saya menerima video itu kira-kira pukul 5.45 petang melalui aplikasi WhatsApp ketika sedang berada di sebuah kedai makan dan apabila melihat video berkenaan, saya menjadi marah kerana mereka secara terang-terangan mempersendakan Islam.

“Selepas melihat video itu, saya berasa amat marah dan terhina kerana saya sendiri merupakan orang Islam ditambah pula perbuatan mereka itu dilakukan di dalam masjid yang merupakan kawasan beribadat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada saat ke-24, salah seorang lelaki telah menggaru kemaluan diikuti rakannya yang menggaru lutut kirinya menggunakan kaki kanan manakala seorang lagi rakan mereka menggerak-gerakkan kepala seperti mengantuk.

Katanya, pada saat ke-32 pula, ‘jenazah’ tersebut telah bangun dan mereka semua telah melarikan diri sehingga salah seorang daripada mereka telah mengangkat kainnya sehingga menampakkan seluar dalam.

“Walaupun video tersebut dirakam secara suka-suka, saya melihatnya sebagai suatu perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan saya meminta agar semua pihak menghentikan penyebaran video ini.

“Saya juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menyiasat individu-individu yang terdapat di dalam video tersebut dan memberikan hukuman yang setimpal,” katanya. - kakikongsi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya rasa marah dan terhina’. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top