Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

MANUSIA YANG BERHATI SYAITAN....!!! KO BERDUA KEJAM..nilah wajah yang awet kanak 2 tahun

POST KEDUA
----------------


Lelaki, ibu disyaki dera anak sampai mati direman 7 hari

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dan teman wanitanya yang dipercayai menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang mayatnya disembunyikan di dalam tong ikan serta mencederakan kakak mangsa berusia empat tahun di Flat Paya Nahu, di sini, sejak dua minggu lalu, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata suspek lelaki berusia 34 tahun dan suspek wanita berusia 24 tahun yang juga ibu kanak-kanak malang itu, dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira jam 12 tengah hari. 

"Reman terbabit dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini, sebentar tadi.

Laporan awal BH hari ini , melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala parah akibat dipukul teman lelaki ibu dan ibu mereka sendiri di Flet Paya Nahu, di sini.

Kanak-kanak lelaki terbabit dikatakan sudah meninggal dunia sejak 9 November lalu, dengan mayatnya yang sudah reput disembunyikan suspek di dalam tong ikan yang disimpan di dalam satu bilik di rumah berkenaan. 

Kejadian itu terbongkar selepas berlaku pergaduhan antara ibu mangsa yang berusia 26 tahun dan suspek, 34, kira-kira jam 1.20 pagi tadi yang memaksa campur tangan pihak polis.
Info: #BHonline gambar: Mohd Khairul Ahmad



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA MANUSIA YANG BERHATI SYAITAN....!!! KO BERDUA KEJAM..nilah wajah yang awet kanak 2 tahun. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top