Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nazri Buka Mulut Mengatakan PAS Gagal Di Kelantan Perlukan Bantuan UMNO

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendakwa PAS gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam menyebabkan parti itu perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, hukuman sedia ada “tidak mencukupi” buat rakyat di negeri itu menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menambahnya.


“PAS di Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu menjadi menteri besar Terengganu, enakmen di sana dia turut tukar.

“Maknanya PAS gagal, kalau dia berjaya dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau kamu (PAS) berjaya, saya percaya semua (rakyat negeri Kelantan) akan puasa, ini tidak dia nak tambah lagi, gagallah dia di Kelantan itu.

“Jadi pada kita Umno nak bantu dia nak pastikan dia, kena bantu dia lah sebab dia gagal. Macam kita Umno tak minta pun tambah,” kata menteri pelancongan itu.

Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu di Kuala Lumpur.

Beliau ditanya mengenai hubungan antara PAS dan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Nazri turut berkata hukuman sedia ada tidak mampu membendung kesalahan syariah di negeri Serambi Mekah itu, menyebabkan ia perlu ditingkatkan.

“Kalau dia perlukan yang berat untuk tentukan supaya kesalahan syariah dapat dibendung, (Umno) kena bantu dialah. Jadi dia (PAS) gagal lah sebenarnya

“Kalau dia berjaya, dia tak minta hukuman yang lebih berat. Kenapa mereka gagal, itu sebabnya mereka perlu seratus sebatan.

“Kalau bagi enam sebatan tak cukup kita kena kasi dia seratus sebatan,” katanya.

Sementara itu, Nazri berkata negeri-negeri lain tidak memerlukan hukuman yang lebih berat kerana tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kita pun risau juga kalau Islam dekat Kelantan makin teruk. Tapi negeri kita OK. Kita tetap apa yang ada, enam sebatan, tiga tahun dan denda RM5,000 sudah cukup,” katanya sambil ketawa.

Tak mungkin kerjasama dalam PRU

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu turut menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka bertanding di kerusi yang sama.

“Awak tahu kenapa saya cakap begitu, kerana PAS dan Umno adalah parti politik. Kedua-duanya bertanding di kerusi yang sama. Macam kerusi saya di Padang Rengas sudah menjadi tradisi berlawan dengan PAS.

“Saya ingat, kerjasama kita dengan PAS hanya sesuatu isu… Untuk kerjasama dalam PRU tidak mungkin,” katanya lapor



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Nazri Buka Mulut Mengatakan PAS Gagal Di Kelantan Perlukan Bantuan UMNO . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top