Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Insya-Allah jika ada jodoh, kita akan berjumpa lagi,Ibu tinggalkan anak di masjid kerana tidak mampu


Ibu tinggalkan anak di masjid kerana tidak mampu
-------------------------------------------
diminta tampil untuk diberi bantuan
--------------------------------


Madiha Abdullah, Kemas kini: November 22, 2016 (Diterbitkan pada: November 22, 2016 9:11 MYT)

Si ibu terpaksa bertindak meninggalkan bayinya di masjid kerana tidak mampu menjaganya.Foto/Facebook

IBU mana yang sanggup berpisah dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan, namun adakalanya jalan itu dipilih tanpa berfikir panjang kerana keliru dan takut menghadapi situasi getir dalam hidup.

Mungkin itu dilema yang dihadapi oleh seorang ibu yang bertindak meninggalkan bayinya yang baru sahaja dilahirkan di luar Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 21 November itu ditinggalkan di dalam kotak di luar masjid berkenaan, bersama sekeping nota, dipercayai ditulis oleh si ibu.

Gambar-gambar si comel itu yang dibalut dengan kain batik rancak dikongsi netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dengan nasib ibu dan bayi tersebut.
Dalam nota 

bertulis tangan yang disertakan, si ibu berkata dia bukan tidak mahukan bayi itu namun tindakan itu terpaksa dibuat kerana kesempitan hidup.
Justeru, rezeki yang dikurniakan Tuhan itu mahu diserahkan kepada mereka yang mampu menjaganya dengan baik.

"Insya-Allah jika ada jodoh, kita akan berjumpa lagi," tulisnya.
Nota itu kemudiannya diakhiri dengan ucapan 'I Love You'.
Menerusi beberapa maklumat yang diperolehi di laman sosial, bayi tersebut telah diazankan dan dihantar ke hospital.

Beberapa pihak juga menyeru agar kariah masjid berkenaan mencari ibu bapa bayi berkenaan dan cuba mencari jalan untuk membantu mereka.

Satu status yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mohd Deen Mohd Napiah, meminta agar ibu bapa bayi itu tampil bertemu pihak masjid atau Ibu Pejabat Polis Ampang, agar bantuan dan tindakan selanjutnya boleh diambil.
Kiriman: 

Nenekkebayan👵🏻



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA "Insya-Allah jika ada jodoh, kita akan berjumpa lagi,Ibu tinggalkan anak di masjid kerana tidak mampu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top