Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Berang Ditegur Tun Mahathir Kotor, Ini Komen Pedas Jamal Kepada Tun Mahathir Dan Pengikutnya

Jamal berkata, beliau tiada masalah didakwa "kotor" kerana ia lebih baik daripada mengambil wang rakyat melalui cara haram.


SHAH ALAM: Datuk Seri Jamal Yunos tidak peduli apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata mengenainya, termasuk mendakwa beliau “kotor”.

Ketua gerakan Baju Merah itu turut berkata, beliau tiada masalah didakwa “kotor” kerana ia lebih baik daripada mengambil wang rakyat melalui cara haram.

“Bagi saya, kalau saya ini kotor pun tidak ada masalah. Tetapi sebelah ini kata saya sentiasa wangi. Rakan-rakan media selalu rapat dengan saya tak pernah complaint. Cuma mungkin hidung Tun M ini dah bernanah,” katanya di luar bangunan SUK Selangor di Shah Alam, selepas pelancaran “Bersih 7”.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata demikian sebagai mengulas sindiran Dr Mahathir semalam.

“Kalau dia mandi 15 kali sehari pun, tetap busuk,” sindir bekas perdana menteri itu ketika ditanya mengenai rancangan Jamal mengadakan “Bersih 7” di Shah Alam hari ini bagi membantah pentadbiran kerajaan Selangor.

Dalam perkembangan sama, Jamal berkata, kempen “Bersih 7” akan bermula Sabtu ini di Sekinchan, Kuala Selangor.

Katanya, kempen itu akan diadakan di 700 lokasi di seluruh Selangor bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai 7 isu utama yang gagal ditangani kerajaan negeri, termasuk keperluan bekalan air bersih, salah guna dana dan kronisme.

“Kami akan mengadakan roadshow, mengedarkan risalah dan ceramah mengenai rasuah kerajaan Selangor.”

Ditanya mengenai jumlah kehadiran, Jamal menjangkakan semua 5 juta penduduk Selangor akan menyertai kempen itu.

“Jangan tanya saya macam mana, hanya tunggu dan lihat.”

Jelajah itu akan bergerak ke 700 lokasi di seluruh Selangor dan berakhir pada 1 April tahun depan.




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Berang Ditegur Tun Mahathir Kotor, Ini Komen Pedas Jamal Kepada Tun Mahathir Dan Pengikutnya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top