Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Walaupun Dikecam Dan Di Katakan Fesyen Bodoh, Tudung Princess Jasmine Ezip Instant Shawl Nora Danish Mendapat Permintaan Tinggi

Biarpun hebat dikecam dan dikutuk di laman sosial, tudung berzip 'menutup aib' keluaran Nora Danish bagaimanapun menerima permintaan dan tawaran tinggi. Malah, ada juga pihak meminta untuk menjadi ejen walaupun koleksi itu masih belum dilancarkan.

Menurut selebriti Nora Danish Hanif, 34, koleksi tudung berjenama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl itu akan menerjah pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM 69. Fuh, berbelit lidah mahu menyebut jenama tudung itu!

"Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu, memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis OwlbyND.

"Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini," ujarnya kepada mStar Online.



Mengulas mengenai isu koleksi tudung terbaharunya yang menjadi viral di laman sosial, dia berkata tudung itu dihasilkan untuk pengguna yang mahukan kelainan.

"Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

"Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna," jelasnya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Walaupun Dikecam Dan Di Katakan Fesyen Bodoh, Tudung Princess Jasmine Ezip Instant Shawl Nora Danish Mendapat Permintaan Tinggi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top