Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mahathir Dedahkan Bertapa Kejamnya Najib Yang Membuatkan Anda Tak Percaya

Dalam blognya chedet.cc Mahathir telah mendedahkan perbuatan atau perancagan Najib yang ramai orang tak tahu namun bekas Perdana Menteri tersebut mendedahkan sesuatu yang patut anda baca dan sebarkan  


1. Najib dan konco-konconya kerap menuduh sebarang usaha untuk menjatuh Kerajaannya yang dipilih melalui pilihanraya sebagai bertentangan dengan demokrasi.

2. Yang sebenar ialah dalam negara yang mengamal demokrasi tuduhan dan tindakan untuk menjatuh Perdana Menteri atau Presiden adalah perkara biasa.

3. Di Australia Perdana Menteri Tony Abbott telah dijatuhkan oleh partinya sendiri dengan memilih pemimpin lain, Malcolm Turnbull untuk jadi Perdana Menteri.

4. Di Brazil Presiden yang dipilih secara demokratik telah digantung jawatan untuk membolehkan siasatan dibuat ke atas tuduhan ia terlibat dengan rasuah.

5. Di Korea Selatan rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan kerana membenar kawannya terlibat dengan urusan Kerajaan.

6. Di negara ini juga Tun Abdullah Badawi didesak oleh Najib sendiri untuk meletak jawatan walaupun Abdullah baru menang dalam Pilihanraya 2008. Kemenangannya lebih baik dari Najib pada PRU 13.

7. Hari ini rakyat mendesak Najib letak jawatan. Tetapi Najib menutup cara-cara demokratik bagi menyingkirnya. Tindakannya tidak demokratik sama sekali.

8. Apabila laporan dibuat kepada polis yang ia menghilangkan beribu juta duit Kerajaan, orang yang buat laporan itu dan peguamnya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak munasabah. Kononnya mereka mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

9. Mahkamah berpendapat mereka tidak bersalah dan mereka terpaksa dilepas. Tetapi passport mereka dirampas.

10. Yang nyata ialah walaupun terbukti jelas akan jenayah yang dilakukan oleh Najib, laporan kepada polis tidak boleh diguna terhadap Najib. Pendakwa Raya akan dakwa tidak ada kesalahan yang dibuat oleh Najib. Sekaligus Pendakwa Raya mengambil alih tanggungjawab hakim dan mahkamah.

11. Apabila percubaan dibuat untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parlimen, Speaker Pandikar Amin dengan angkuh, tanpa asas undang-undang atau cara demokrasi; menyatakan ia tidak akan benar undi tidak percaya dibahas dalam parlimen.

12. Ahli Dewan parti Kerajaan pula diketahui telah disogok dan tidak dibenar menyokong undi tidak percaya walau sebagaimana jelas pun jenayah yang dilaku oleh Najib. Ahli dewan yang dipilih oleh rakyat sebagai jurucakap mereka sudah jadi bisu dan pekak. Hanya apabila kena cambuk parti barulah bergerak.

13. Rayuan kepada pihak atasan dengan segala bukti berkenaan pencurian berbillion Ringgit oleh Najib juga tidak dapat apa-apa layanan.

14. Dalam keadaan inilah rakyat mengadakan demonstrasi melaungkan kehendak mereka supaya Najib undur. Mereka berdemo secara aman walaupun jelas Kerajaan mengguna samseng bayaran untuk mencetus huru hara supaya keadaan sekuriti boleh diisytihar mengancam negara. Dengan itu Kerajaan boleh kuatkuasakan undang-undang sekuriti baru yang memberi kuasa kepada Kerajaan tangkap dan kurung siapa sahaja.

15. Jika tidak kerana polis, pihak baju merah akan menyerang penunjuk perasaan baju kuning. Tetapi mereka takut apabila melihat puluhan ribu baju kuning sedangkan mereka baju merah tak sampai seribu pun.

16. Tangkapan pemimpin baju kuning tidak berjaya melumpuhkan semangat penunjuk perasaan baju kuning. Sebenarnya lebih ramai menyertai demo baju kuning kerana marah kepada Kerajaan.

17. Jurucakap Najib boleh cuba perkecil demo ini. Tetapi Najib tidak boleh lari dari kenyataan bahawa ia adalah P.M. yang amat dibenci oleh rakyat. Kejayaannya yang terbesar ialah diwaktu ia jadi PM, demo yang terbesar yang berjumlah hampir seratus ribu rakyat diadakan, walaupun mereka diancam dan diugut atas arahan Najib.

18. Ya! Rasuah berbillion akan diguna dalam pilihanraya. Tetapi duit seberapa banyak pun tidak boleh membeli sokongan dari rakyat yang amat benci Najib dan UMNO, MCA, MIC dan BN.

19. Wahai ahli UMNO! Sedarlah. Najib sudah menghancurkan parti keramat yang memerdekakan negara dan dipulih pada tahun 1969-1970 oleh bapaknya.

chedet



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Mahathir Dedahkan Bertapa Kejamnya Najib Yang Membuatkan Anda Tak Percaya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top