Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Di Tahan Polis Kerana Melakukan Seks Diluar Nikah

PELANCONG wanita dari Britain menjadi keliru apabila ditahan polis Dubai selepas membuat laporan mendakwa dirinya dirogol oleh sekumpulan lelaki dari negara asalnya ketika melancong di Dubai, baru-baru ini.

CNN melaporkan wanita tersebut ditahan kerana didakwa mengadakan hubungan seks luar nikah.


gambar hiasan
“Ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Polis sering kali gagal membezakan hubungan seks yang dilakukan secara rela dan kejadian rogol.

“Mangsa membuat laporan bagi mendapatkan pembelaan sebaliknya ditahan. Polis bukan sahaja membatalkan laporan tersebut tetapi menghukum mangsa,” kata Pengarah kepada sebuah kumpulan penasihat undang-undang NGO, Detained In Dubai, Radha Stirling.

Stirling berkata, wanita tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin dan pasportnya dirampas.

Jika didapati wanita tersebut melakukan hubungan seks secara rela, dia akan dikenakan hukuman penjara sebulan hingga tiga tahun dan diusir keluar dari negara Timur Tengah tersebut.

Sementara itu, jurucakap pejabat luar negara United Kingdom berkata, pihaknya tidak dapat membincangkan mengenai insiden tersebut.

“Kami menyokong kes membabitkan wanita tersebut dan akan terus berhubung dengan keluarganya mengenai kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan dan polis Dubai enggan memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut kerana kes itu masih belum dibicarakan di mahkamah. – MYNEWSHUB.CC




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Di Tahan Polis Kerana Melakukan Seks Diluar Nikah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top