Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kerana Masalah Kewangan, Bapa Tikam Anak Sampai Mati Di Johor

JOHOR BARU, 23 Nov ― Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Seri Alam, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun, mati ditikam menggunakan pisau semasa pertengkaran dengan bapanya.



Beliau berkata pertengkaran itu yang turut disaksikan ibu mangsa, berakhir selepas mangsa maut akibat ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu di bahagian dada kiri dan di bahagian perut. 

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil,” kata Jokhiri dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam di tempat kejadian untuk berunding dan memujuk suspek sebelum dia ditangkap kerana masih berada di tempat kejadian iaitu di ruang tamu rumah bersama mangsa dan isteri suspek.

Sebaik ditahan, pihak polis terus membawa suspek yang berusia 54 tahun itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu, khasnya berkaitan kekangan kewangan untuk menyara kehidupan keluarga,” kata Jokhiri.

Tambahnya, hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja manakala tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut. ― Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kerana Masalah Kewangan, Bapa Tikam Anak Sampai Mati Di Johor. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top