Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

TEMPAT TINGGAL 4 BERANAK TIDAK BERDINDING

TEMPAT TINGGAL 4 BERANAK TIDAK BERDINDING 




Seorang rakan fb Ismarini Ismail mengadu kepada saya mengenai satu keluarga, Mohammad bin Abd Rahman dan isteri Haslizawati bt Abu Bakar serta 2 anak yang menumpang hidup di rumah emak yang juga ibu tunggal.

Mereka tidak mampu menyewa rumah, pendapatan suami kerja kongsi ikan bilis dan mengambil upah kerja kampung, cukup untuk makan dan susu serta pampers anak sahaja.Rumah tu pula sempit,dalam rumah tu ada kakak dia,ibu tunggal tak kerja ada anak dua orang,abang duda anak sorang,tok wan yang uzur pun tinggal sekali.Rumah ada 1 bilik sahaja.


Keluarga Mohamad tinggal diluar rumah,hanya berdinding canvas dan hadangan kain.Lihat gambar.Mereka ini tinggal di Kampung batu 5, simpang bujang,Merbok,Kedah


Saya ingin membantu membina dinding bagi ruang rumah tempat mereka 4 beranak .Untuk tujuan memastikan matlamat sumbangan untuk bina rumah ditepati,saya bercadang sumbangan dimasuk ke projek sedekah jariah rakan fb saya dan saya akan gunakan untuk

 bina dinding dan keperluan lain.Bank in 557410515106 maybank abd ghani haron.Jika ada lebihan,wang ini akan diguna utk projek sedekah yang lain.


Bagi mereka yg ragu dan bersangka tidak baik kepada saya,jangan menyumbang dan tidak perlu menulis fitnah seperti yang dibuat oleh admin sebuah fb kpd saya bila saya bercerita kisah bapa yang dipenjara kerana kapur kasut.Saya sekedar nak membantu dan mengurus serta memastikan tujuan sedekah tercapai.Jika tidak boleh menjadi garam yang menyelamatkan ikan dari busuk,jangan jadi lalat yg menelorkan berenga yg akan merosakkan ikan.






Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA TEMPAT TINGGAL 4 BERANAK TIDAK BERDINDING . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top