Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib: ada mata wang yang lebih buruk dari kita-Ringgit antara terjejas teruk dijangka akan terus melemah berbanding Dolar

*Najib: ada mata wang yang lebih buruk dari kita*
*2016/11/28*

*Portal Free Malaysia Today*
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak.

Najib yang juga menteri kewangan berkata beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.
“Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah.
“Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita,” kata beliau pada program khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 malam semalam.

Program sejam itu diperantarakan Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga presiden Umno turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru
dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.


Beliau menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia.

*Dalam BeritaCorp berkata Ringgit antara terjejas teruk dijangka akan terus melemah berbanding Dolar*



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib: ada mata wang yang lebih buruk dari kita-Ringgit antara terjejas teruk dijangka akan terus melemah berbanding Dolar. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top