Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya Tak Kuat, Suami Berhati "Iblis" Bersetubuh Dengan Janda Sampai Dapat Anak Luar Nikah - Perkongsian Ini Isteri Sangat Touching

Saya berumur 24 tahun, ada suami dan dua orang anak. Saya sudah berkahwin selama 5 tahun lebih. Saya sayangkan suami saya, susah senang hidup bersama. Tetapi saya tak boleh menerima apa yang dia telah buat pada saya tiga hari yang lalu.

Allah nak tunjukkan kepada saya yang dia berlaku curang di belakang saya dengan seorang janda yang bergelar cikgu, ada 6 orang anak. Mereka sudah terlanjur sampai janda itu sampai ada baby. Allahuakbar.

Saya betul-betul tak kuat. Saya bangkit pun demi anak-anak saja sekarang. Saya sudah tidak peduli tentang suami saya lagi selepas ini walaupun berkali-kali dia meminta maaf. Hati saya tetap tidak mampu menerimanya lagi. Nak pandang muka dia pun saya rasa jijik.

Memang saya tidak menafikan yang jauh di sutu hati saya rasa berdosa bila saya minta dia melepaskan saya. Memang cukup apa yang dia berikan pada saya dan anak-anak. Tetapi saya tidak boleh menerima yang dia terlanjur dengan janda itu sampai ada anak tak sah taraf. Betapa beratnya Allah menduga saya sekarang.

Patutkah saya memberi peluang kepada suami yang berhati iblis ini? Masa dia berzina ada ke terlintas di fikirannya tentang saya dan anak dalam kandungan saya? Masa itu saya sarat mengandung anak kedua. Saya tak tahu apa yang merasuk dia pada waktu itu. Ya Allah. 


Apa salah saya? Saya jaga rumahtangga, uruskan anak-anak bersama, waktu dia susah saya berada di sisi dia, mendoakan dia, setiap malam saya pandang wajah dia yang penat lelah. Tetapi ini yang dia balas?



Screenshot mesej ini adalah pengakuan suami saya tetapi saya tetap tidak boleh menerimanya. Saya tetap dengan keputusan saya untuk memanjangkan perkara ini di pejabat agama walaupun berseorangan. Saya akan lawan untuk anak-anak

Saya mohon kalau cikgu itu baca, tolong jangan ganggu kehidupan saya selepas ini. Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan Allah. Doakan saya dipermudahkan urusan untuk buat permohonan cerai. Saya sudah tidak sanggup hidup dihina seperti ini. Cukup sekali terhina perasaan saya dan anak-anak.

Saya hampir-hampir menjadi gila disebabkan perkara ini. Bermula dari sekarang, saya bangkit demi anak-anak dan keluarga saya. sinarhairan.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya Tak Kuat, Suami Berhati "Iblis" Bersetubuh Dengan Janda Sampai Dapat Anak Luar Nikah - Perkongsian Ini Isteri Sangat Touching. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top