Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

PERAK MUNGKIN WUJUDKAN PAKEJ KAHWIN POLIGAMI BERAMAI-RAMAI

PERAK MUNGKIN WUJUDKAN PAKEJ KAHWIN POLIGAMI BERAMAI-RAMAI

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan saranan supaya memperkenalkan pakej poligami secara Jamaie atau nikah beramai-ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria.


Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini hanya mempunyai Program Majlis Nikah Jamaie Syarie untuk pasangan yang baharu hendak berkahwin dan ia dilaksanakan sejak 2013 pada setiap 16 September.

“Kita akan lihat dan pertimbangkan cadangan itu. Kita sedia maklum antara punca poligami termasuk yang bernikah di luar negara adalah kerana wali tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

“Di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan kita sentiasa berurusan dengan negara tertentu seperti Thailand khususnya yang melibatkan poligami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedia memperkenalkan pakej khas poligami secara Jamaie.


Terdahulu, dalam jawapan kepada soalan tambahan Datuk Mohammad Daud Mohd Yusof (BN-Selama), Nizar berkata pasangan pengantin daripada program itu akan disenaraikan di bawah Kelab Rakan Nikah Jamaie bertujuan mengawal dan membendung kes perceraian.

Selain itu, Nizar berkata pasangan yang bernikah di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengikuti Kursus Pasca Perkahwinan terbahagi kepada 4 fasa bermula dari 5 tahun pertama usia perkahwinan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA PERAK MUNGKIN WUJUDKAN PAKEJ KAHWIN POLIGAMI BERAMAI-RAMAI . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top