Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ahli Perniagaan Sponsor Minyak Percuma Kepada 250 Buah Motosikal Hari Ini, Siapa Nak Minyak Percuma Boleh Datang Ke Sini

IPOH : Sebanyak 250 buah motorsikal mengisi minyak secara percuma hariini di BHPetrol Tambun hari ini.

Pengurus stesen minyak berkenaan, Shanice Low berkata, seorang individu yang tidak ingin dikenali telah menyumbang sebanyak RM1,000 untuk pemberian minyak percuma kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Beliau adalah seorang ahli perniagaan di Ipoh dan beliau telah menyumbangkan RM1,000 untuk mengisi minyak motorsikal penduduk di sini.
2-3
“Bermula dari jam 8.30 pagi, sebuah motorsikal akan diisi minyak dengan jumlah RM4 dan menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 250 buah,”katanya ketika ditemui, hari ini.

Kakitangan kerajaan, Kamal Sudan 55, yang tidak melepaskan peluang mengisi minyak secara percuma itu berkata, beliau menghargai sumbangan yang telah disumbangkan oleh individu berkenaan.

“Saya rasa mereka yang berpendapatan tinggi dari kita mungkin boleh membuat aktiviti seperti ini untukmembantu kita yang berpendapatan rendah ini.
1-2

“Tambahan pula dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia membantu penduduk di sini,”katanya.

Seorang surirumah pula, Rapeah Parmin berkata, beliau mengetahui tentang pengisian minyak percuma itu daripada rakan-rakannya.

“Bagus juga kerana ia dapat meringankan beban kami walaupun tidak banyak. Mungkin dimasa akan datang, ada pihak atau individu lain yang dapat menyumbang seperti ini,”katanya.peraktoday



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ahli Perniagaan Sponsor Minyak Percuma Kepada 250 Buah Motosikal Hari Ini, Siapa Nak Minyak Percuma Boleh Datang Ke Sini . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top