Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Baru Sahaja Di Tayangkan Pawagam, Ibu Ini Larang Kepada Orang Ramai Jangan Bawa Anak Tengok Upin Ipin Filem Macam Sampah!!

KUALA LUMPUR - Filem animasi tempatan, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang dilakonkan oleh Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit, Remy Ishak dan termasuklah Asyiela Putri (suara Upin & Ipin) baru saja ditayangkan semalam. Namun sudah ada yang mengadu bahawa filem itu gagal memahami apa kehendak penonton ciliknya.


Baca luahan dari Alia Hayati yang baru saja menonton filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng semalam.

Setelah dua tahun aku tak tengok wayang, hari ini aku jejak kembali ke panggung sebab anak aku, Mirza, tak pernah missed tengok Upin Ipin setiap hari di YouTube.

Nak tunggu bayang Upin Ipin, kena tunggu lebih kurang 20 minit baru nampak bayang Upin Ipin. Korang tahu tak betapa susahnya nak tenangkan anak aku bila dia tanya, mana Upin Ipin? Aku dengar ramai anak-anak yang petah bertanya,

     Mana Upin Ipin?

Filem ini sangat tak best? Apa mereka ingat anak aku kenal ke Awie itu siapa? David Teoh itu siapa? Aqish itu siapa? Yang anak aku nak tengok sekarang, Upin Ipin sahaja.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2M2tLnkfKt2L7EOv8ZoDw0rW_0I8EclJVxfTYoaLTKyDyetvcm0d6a0jLSGk3URRg38fJzH-klPDJxZFxvjzigG-brHL1OBAZTyTXIgLHROyuYJpaCvW2clvtxha3dld0et6IdQEfP6qy/s1600/1.jpg

Tak sampai satu jam, ramai mak bapak yang bawa anak mereka keluar sebab anak mengamuk tanya mana Upin Ipin.

Siapa punya idealah buat filem ini. Korang patut faham apa yang anak aku nak tengok. Korang tahu tak yang tengok Upin Ipin ini umur dua tahun? Jadi diorang nak Upin Ipin saja. Awatlah hang tunjuk artis-artis yang tak paedah tu.

Aku suggest, kalau korang ada anak baya aku, tak payah tengok sebab sangat-sangat berat untuk diorang faham. Aku takkan bagi bintang sebab filem ini tak buat anak aku happy. Filem s****h.  - Alia Hayati

Demikian luahan seorang ibu yang telah membawa anak perempuannya menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam baru-baru ini.

Luahannya itu juga telah dikongsi 2,074 perkongsian di Facebook dan 2,130 komen.

Di laman Facebook rasmi Upin & Ipin pula menunjukkan, respon dari penonton memberikan 10 bintang.

"Nak habaqlah, movie Upin Ipin ni cenggini (thumbsup). Siyes beb, hakak kata cite ni memang best dan tak bosan. Mak ayah dan anak-anak pun layan je cite Upin Ipin 'jengjengjeng' ni.

"Yang mana ada anak-anak itu, pergilah bawa cepat-cepat tengok movie #upinipinjengjengjeng ni. Hakak kasi 10 bintang," kata Siti Rahayu dalam screentshot yang dikongsi di Facebook Upin Ipin.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr1rmPhd0dnFeJ2ywrLtCjMohcf5sXwWTkSJvCJN080mEMNvv6vHLGsdd1kUKdsGuKe4UkdqFedbgcMqfpjxV7rUFm_hP8ueQz6uoO6d0txeC1ze_DpoI7In7Y01dm9YCCuafB6zFyS2Z5/s1600/1.jpg


Apa pun, diharapkan pandangan dari ibu bapa ini diterima dengan hati terbuka untuk memperbaiki jalan cerita Upin & Ipin di masa akan datang.

Bagaimana dengan yang lain? Sudahkah anda menonton filem animasi Upin Ipin ini? Apa pandangan anda?

Kredit: dakwatmerah.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Baru Sahaja Di Tayangkan Pawagam, Ibu Ini Larang Kepada Orang Ramai Jangan Bawa Anak Tengok Upin Ipin Filem Macam Sampah!!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top