Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kehilangan Noor Ayrill Menjadi Viral pada 31 Oktober lalu Ditemui Selamat

Kuala Lumpur: Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang ditemui selamat oleh abang kepada rakannya di perhentian bas di Ampang, lewat petang ini.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata anaknya dijumpai Mohd Ismail Abdullah, 15, iaitu abang kepada rakan Noor Ayrill Aqasha, ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya di Bukit Ampang.

"Saya hanya tahu mengenai berita penemuan dia apabila dimaklumkan oleh bekas isteri kerana ketika itu saya tiada di rumah kerana sedang mencari anak saya di luar.

"Saya amat bersyukur dia ditemui dalam keadaan selamat. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi.

Noor Ayrill Aqasha sebelum ini dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Sementara itu, Mohd Ismail pula berkata, dia memang kenal kawan adiknya itu, terutama apabila kehilangannya menjadi viral di media sosial.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kehilangan Noor Ayrill Menjadi Viral pada 31 Oktober lalu Ditemui Selamat . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top