Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kecewa Kepimpinan Najib, TMJ Tampil Dengan Kenyataan Terbaru Pasti Membuatkan Pihak Tertentu Panas Punggung


JOHOR BAHRU -Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih ekoran tindakan kerajaan yang kurang memberi perhatian kepada sektor penting yang melibatkan kemaslahatan rakyat.

Menurut Tunku Ismail, kerajaan lebih menumpukan kepada sektor yang kurang penting sehingga tumpuan utama 'dipandang sepi'.


"Sektor kesihatan dan pendidikan adalah dua perkara yang amat penting demi kesejahteraan rakyat dan pihak kerajaan harus memberi lebih perhatian.

"Saya merasa sedih mengetahui bahawa sejumlah wang dengan amaun besar mencecah RM84 juta dan RM90 juta telah diperuntukkan kepada yayasan-yayasan yang kurang penting dan juga RM1 bilion yang diperuntukkan kepada Jakim," katanya dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.

Mengulas lanjut Tunku Ismail berkata, kenyataan beliau ini diharap dipandang oleh kerajaan kerana katanya beliau hanya menyampaikan suara rakyat.

"Saya hanya menyampaikan suara rakyat dan saya amat berharap kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail memetik kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang menyatakan bahawa terdapat banyak permintaan untuk menaik taraf aset yang lama dan kementerian akan menangani mereka mengikut keutamaan berdasarkan keutamaan dan dana susulan.

Kenyataan Subramanian itu keluar susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah.

"Ia amat membimbangkan apabila keadaan pesakit di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara tidak diutamakan oleh kerajaan," kata Tunku Ismail.sinar harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kecewa Kepimpinan Najib, TMJ Tampil Dengan Kenyataan Terbaru Pasti Membuatkan Pihak Tertentu Panas Punggung. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top