Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Surat Terbuka Mahasiswa Kepada Ketua Armada Bersatu Yang Biadap Dan Derhaka Terhadap Sultan Johor

SURAT TERBUKA SEORANG MAHASISWA KEPADA KETUA PEMUDA PARTI BERSATU, SDR. SYED SADDIQ

Assalamualaikum W.B.T saudara,

Sebagai seorang rakyat dan orang muda sama seperti saudara, saya tertarik kepada surat terbuka yang ditulis oleh saudara kepada DYMM Tuanku Sultan johor. Sepintas lalu saya nampak saudara sebagai seorang anak muda yg berani,namun bila saya berfikir dgn masak sebagai ilmuan dan intelektual melayu,saya tertanya tanya apakah ini satu langkah yg bijaksana atau lebih berupa satu kebiadapan orang politik mencari publisiti atau mungkin juga ianya berupa tindakan terancang "orang tua" yg sengaja menggunakan "Budak Suruhan".



Bagi saya anak muda menulis surat terbuka kepada seorang Sultan Yg Memerintah dan menyanggah titah baginda secara terbuka dan "in public"ADALAH SATU KEBIADAPAN YANG NYATA.Ia bukan saja menyalahi adat malah boleh di tafsirkan sebagai penderhakaan dan percubaan mencari pengaruh kearah membenci dan menolak titah sultan.Saudara berhak menyembah pendapat,Tapi apabila ia dibuat secara terbuka bererti saudara cuba bermain politik sambil mengadu kekuatan dan pengaruh dgn SEORANG RAJA YG MEMERINTAH .. Kita tau PENGERUSI PARTI SAUDARA adalah seorang yg mempunyai rekod pernah menggunakan cara ini utk MENJATUHKAN seseorang dan hari ini saudara mewarisinya.

Di zaman politik tidak lagi menyanjungi kebiadapan dan tindakan barbaric dan sebaliknya menghargai kebijaksanaan,daya ilmu,diplomasi,kesopanan dan kesusilaan saya merasakan saudara bukanlah CERMIN Anak MUDA MELAYU yg berilmu dan bijaksana...Ini kerana:-

1) Tindakan saudara menulis surat terbuka sememangnya tindakan yang sengaja mengundang rasa tidak selesa rakyat kepada institusi kesultanan yang sepatutnya dihormati oleh rakyat. Justeru saudara punya niat MENGHASUT DAN MENDERHAKA..

2) Tindakan komentar yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor adalah tindakan yang berpelembagaan dan tidak langsung dilihat salah di sudut undang-undang negara oleh kerana Sultan adalah ‘ De Jure head’ yang mempunyai hak untuk menitahkan segala apa yang difikirkan perlu oleh Baginda. Adalah silap kiranya saudara menganggap DYMM SULTAN JOHOR tidak memahami perlembagaan dan hak rakyatnya.Dan lagi besar silapnya jika saudara GAGAL MEMAHAMI maksud titah baginda. Ia menggambarkan saudara seorang Anak muda yang sangat cetek pemikiran serta sombong dengan sikap sendiri..

3) Tindakan saudara melalui surat terbuka ini tidak lari dengan skema kelakuan Tun Dr Mahathir yang menulis surat terbuka kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang akhirnya membangkitkan rasa benci rakyat kepada Tunku. Maka, tindakan saudara menyebabkan kami terfikir bahawa saudara menjadi boneka Tun M dlm menghala kemarahannya kpd DYMM SULTAN JOHOR. Sedangkan saudara tentunya tidak lupa FATWA Tun M tentang demonstrasi jalanan waktu beliau menjadi PM DAN MENTERI DALAM NEGERI.Saudara juga tidak harus lupa apa yg PENGERUSI PARTI saudara itu lakukan sewaktu beliau menjadi MENTERI PELAJARAN dgn memperkenalkan AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIV 1974.

4) Saya bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan melalui perkara 10 perlembagaan. Tetapi, tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor menyeru rakyat untuk tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah untuk mengelakkan kejadian-kejadian perhimpunan haram yang dilihat banyak mendatangkan kekacauan dan keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku ketika perhimpunan Bersih sebelum ini.

5) Tindakan saudara menyentuh peruntukan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan secara cetek, tidak menyeluruh , adalah satu tindakan populis dan tidak berhemah..ia memalukan Komuniti ilmuan para siswazah khususnya SISWAZAH melayu. Seharusnya peruntukan undang-undang ‘fundamental’ seperti ini perlu dikupas secara menyeluruh agar maksud undang-undang itu dapat difahami secara tuntas. Perkara 10 perlembagaan persekutuan sememangnya memberikan hak kepada rakyat untuk bercakap,berhimpun dan berpesatuan seperti yang dipetik oleh saudara melalui peruntukan perkara 10 (1)(a), 10 (1)(b) dan 10 (1)(c). Namun begitu peruntukan perlembagaan melalui perkara yang sama juga memperuntukan sekatan-sekatan yang boleh diambil terhadap hak-hak yang disebut di dalam peruntukan perkara 10 melalui perkara 10 (2),10 (3) dan perkara 10 (4) apabila hak yang diberikan itu didapati mengancam ketenteraman, keselamatan serta melanggar prinsip moral. Sudah pasti saudara juga sedar dan tahu akan asas perhimpunan BERSIH yang jelas memperjuangkan LGBT yang melanggar prinsip moral di negara ini.

7) Seharusnya, sebagai seorang rakyat yang berlatar belakangkan pelajar undang-undang serta seorang rakyat Bangsa Johor, saudara melihat komentar DYMM Tuanku Sultan Johor ini sebagai keperluan untuk difikirkan oleh rakyat tambahan pula saudara adalah figura yang mempunyai populariti dalam kalangan masyarakat. saudara telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa. Disini saya mohon saudara Saddiq menjawab dalam kadar segara iaitu bagaimana anak2 Pengerusi Parti saudara Tun Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi multi-billionaire dalam masa yang bagitu sengkat. Bagaimana pula Pemimpin parti rakan kongsi saudara bergelumang dgn kes rasuah di Mahkamah .Bagaimana pula senior dalam Pakatan saudara berkali kali di hukum di Mahkamah kerana MEMFITNAH ..Jikalau saudara enggan menjawab soalan ini maka saya rasa saudara Saddiq tidak layak untuk menasihati YAM Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa.

Saya juga memperingatkan Saudara Syed Saddiq agar beristiqamah dalam setiap tindakan dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk individu tertentu yang sudah sekian lama mempunyai masalah dengan institusi kesultanan terutamanya Sultan Johor. Tindakan saudara Syed Saddiq ini telah mencerminkan bahawa cengkaman Tun Dr Mahathir telalu kuat keatas dirinya sehinggakan rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan.

Hormati dan lindungilah sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Beparlimen di negara ini. Sedarlah bahawa keegoan dan ketaksuban manusia seperti saudaralah yang telah menamatkan riwayat pemerintahan islam di Libya, Mesir yang akhirnya mendatangkan kekesalan sepanjang hayat kepada rakyat di sana.

Sedarlah tindakan perhimpunan BERSIH 5 yang kononnya ingin mendesak Perdana Menteri Meletak Jawatan adalah sekadar tajuk cerita tetapi plot dan skripnya telah dirancang dan di ambil melalui skrip karangan orang yahudi seperti Gene Sharp dan lain-lain agar pemerintahan melayu islam di bumi ini dapat dihentikan.

Farhan Khairuddin
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

sumber: sejarahmelayu.blogspot.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Surat Terbuka Mahasiswa Kepada Ketua Armada Bersatu Yang Biadap Dan Derhaka Terhadap Sultan Johor. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top