Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hanya Polis Dan DBKL Sahaja Boleh Menarik Kereta Di Jalan Awam, Anda Boleh Report Jika Kenderaan Di tarik Oleh Pihak Tertentu

KUALA LUMPUR: Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang mempunyai kuasa untuk menunda dan mengalih kenderaan awam di kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kompaun yang dikeluarkan oleh pengendali trak tunda adalah tidak sah mengikut  undang-undang sedia ada.

"Kawasan-kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam seperti mana maksud Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah di bawah bidang kuasa polis, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Pihak lain (melainkan di jalan atau bangunan milik persendirian) tidak boleh menjalan apa-apa bentuk penundaan dan pengalihan sebarang kenderaan di jalan raya awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu lepas polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana didakwa menunda kenderaan tanpa kuasa di jalan awam selain melakukan peras ugut meminta bayaran RM150 untuk melepaskan kenderaan yang dikunci tayar berhampiran Hospital Kuala Lumpur di sini.

Menurutnya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan kerana peras ugut.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Hanya Polis Dan DBKL Sahaja Boleh Menarik Kereta Di Jalan Awam, Anda Boleh Report Jika Kenderaan Di tarik Oleh Pihak Tertentu . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top