Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya rasa tersepit tengah2 antara amanah kakak angkat atau kawan sendiri-Man mintak saya rahsiakan hal ni pada kakak angkat saya.

Salam admin.. Maafkan saya kalau kisah saya ni tak sesuai masuk krt, tapi harap sangat2 nak pendapat warga krt. Isu saya di sini, saya rasa tersepit tengah2 antara amanah kakak angkat atau kawan sendiri.


Macam ni, kakak angkat saya merancang hendak berkahwin pada tahun depan. Oh ye, saya bagitahu awal2 yg tunang dia ni (saya panggil Man) sebenarnya merupakan kawan pada saya jugak sejak kakak angkat kenalkan saya pada dia bulan lepas. Manakala kakak angkat saya ni kenal dia dah dekat 4 tahun.


Nak dijadikan cerita, semalam man ni ada terus-terang dengan saya, dia bagitahu yang sebenarnya dia suka n sayangkan saya. Tapi tak lebih dari cinta sebab dia hanya cintakan kakak angkat saya. Selain tu, dia ada jugak cerita something yang memeranjatkan pada saya, rupanya sebelum ni dia dah pernah berzina dengan beberapa orang (anak dara, janda, isteri orang pun pernah) masa dah setahun couple dengan kakak angkat saya. 


Man mintak saya rahsiakan hal ni pada kakak angkat saya. Sebab dia hanya cintakan n nak peristerikan kakak angkat saya. Saya ada tanya dia, kenapa cerita pada saya pasal ni tiba2, jawabnya dia rasa serba salah n perlu luahkan pada seseorang.

 Saya pulak teringat, yang selama ni kakak angkat saya ni selalu pesan pada saya tolong tengok2kan sama ada man pernah curang belakang dia atau tak. Tapi ni, saya baru tau dari mulut man sendiri. Sekarang lagi beberapa bulan je dieorang rancang nak buat majlis, tapi kakak angkat saya selalu luah pada saya yang dia risau kalau man pernah/sedang berlaku curang belakang dia. 

Dia cakap dia betul2 tak boleh terima kalau man pernah berzina / dengan perempuan lain sebab kakak angkat saya ni sangat baik, menjaga batas pergaulan orangnya jadi dia taknak dapat pasangan yang salah. 


Jadi, apa yang perlu saya buat, adakah saya patut bocorkan rahsia man & cerita pada kakak angkat saya sebelum terlambat? Masa sama Man mintak sy rahsiakan, dia cakap dia betul2 sayangkan kakak angkat saya tu, n nk memperisterikan dia,malah berjanji takkan berhubung dengan perempuan lain lagi lepas kahwin dengan kakak angkat saya nti.


 Adakah saya dikira mengkhianati kakak angkat saya kalau saya rahsiakan hal ni. Adakah kata2 man tu boleh dipercayai (berubah lepas kahwin)? Tolong jangan kecam saya, saya xsuka masuk campur hal orang, tapi situasi ni datang tiba2 buat saya rasa serba salah.


 Kalau saya cerita sebenar semua kat kakak angkat, man mesti akan cari saya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA saya rasa tersepit tengah2 antara amanah kakak angkat atau kawan sendiri-Man mintak saya rahsiakan hal ni pada kakak angkat saya.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top