Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Penjualan Organ Manusia Melalui Online, Inilah Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

TAWAU, 12 Safar 1438H, Sabtu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta memantau kegiatan pemerdagangan organ manusia secara dalam talian di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pemerdagangan organ tidak digalakkan dan bercanggah dengan nilai etika perubatan serta dasar kerajaan.


“Ketika ini, banyak perkara dilakukan secara dalam talian dan sekiranya didapati ada aktiviti sedemikian, SKMM perlu siasat dan ambil tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“SKMM juga perlu mengkaji serta meneliti bagaimana untuk menangani perkara itu secara efektif. Orang ramai disaran membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa agar kegiatan itu dapat ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Roadshow Promosi Pendermaan Organ 2016 Peringkat Negeri Sabah, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti pemerdagangan organ ini sekali gus membantutkan usaha kempen pengikrar organ atau promosi derma organ yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan.

“Kadar pendermaan organ di Malaysia amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan. Bagi pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ serta tisu di negara ini adalah sekitar 1.0 pendermaan persejuta penduduk, antara yang terendah di dunia,” katanya.

Katanya, sehingga 30 Okt tahun ini, seramai 366,548 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ sejak tahun 1997.

“…dilaporkan lebih 20,000 pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan transplan atau pemindahan organ, termasuk mereka yang menghidapi kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru,” katanya. – Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Penjualan Organ Manusia Melalui Online, Inilah Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top