Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Madius Tangau Gesa Kerajaan Menarik Balik Semua Mykad Yang dikeluarkan dari Negeri Sabah

KOTA KINABALU 12 Nov. - Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad dipertanggungjawabkan dalam isu pemberian kad penganalan (MyKad) kepada warga asing di Sabah.


Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau berkata, peranan bekas Perdana Menteri itu dalam pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) jelas terbukti berikutan pengakuannya yang boleh dilihat menerusi laman YouTube.

"Bekas Perdana Menteri (Tun Mahathir) mengaku... kita boleh lihat menerusi rakaman di YouTube," katanya ketika berucap pada Konvensyen UPKO 2016 di Pusat Kebudayaan Penampang di sini, sebentar tadi.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Selain itu, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menggesa kerajaan menarik balik semua kad pengenalan rakyat Malaysia yang dikeluarkan di Sabah bagi membolehkan status semua pemilik MyKad terbabit disemak semula.

Perkara itu, katanya, bagi memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja mendapat semula kad pengenalan baharu sekali gus menghantar pulang PATI yang memiliki MyKad dengan cara salah iaitu merasuah pihak berkuasa. -UTUSAN ONLINE



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Madius Tangau Gesa Kerajaan Menarik Balik Semua Mykad Yang dikeluarkan dari Negeri Sabah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top