Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

'kenapa mak abah awak selalu datang masa saya keja?Dorang tak suka saya ke?itulah punca suami lafaz cerai pada saya

Salam semua. Saya dah berkawin 5tahun dan ada 2 orang anak. Kisah dia macamni, lastweek parents saya datang rumah nak jenguk cucu2 dia.

 Memang saya pun tak tau mak abah saya nak datang. Dorang datang bawak kan hadiah sebab kebetulan bufday anak no 2 saya. Mak abah nak balik, anak saya yang first tu nangis2 nak ikut blik. 

Saya pun call suami mintak kebenaran. Suami cakap ok la bawak la si abang balik rumsh atok dia. Bila suami balik kerja je terus dia tanya saya 'kenapa mak abah awak selalu datang masa saya keja? 

Dorang tak suka saya ke?' Saya dah explain baik2. Tapi dia tetap cakap bukan2 pasal mak abah saya sampai kiteorg bergaduh besar. 

And dia hantar saya balik rumah mak abah saya. Sekarang dia dah failkan tuntutan penceraian kat mahkamah. Saya sedih sebabkan hal kecik je sampai nak bercerai berai.

 Awal bulan depan sebutan kat mahkamah. Korang rasa la kan patut tak saya teruskan or selamatkan rumahtangga saya ? Sampai sekarang suami saya tak ada call, msg tanya pasal kiteorg anak beranak.

 Langsung takde. Susah tak nak bawak title janda ni ? Bukan nya saya pinta nasib macamni. Walaupun susah tapi klu dah nasib saya. 

Takkan saya nak lawan takdir. Tolong la bagi semangat kat saya. Saya rasa saya sangat teranaiya. Thanks admin






Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA 'kenapa mak abah awak selalu datang masa saya keja?Dorang tak suka saya ke?itulah punca suami lafaz cerai pada saya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top