Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Diganggu penunggu keris! Itu bayaran yang perlu dilalui oleh pemuda akibat curi keris, pedang guru silat



Padah curi keris, pedang guru silat    



PORT DICKSON - Diganggu penunggu keris! Itu bayaran yang perlu dilalui oleh pemuda 29 tahun, Mohd Helmi Ali, selepas dia memecah masuk rumah seorang guru silat dan mencuri 15 bilah keris dan empat bilah pedang pada 24 September lalu di Kampung Si Rusa.

Gangguan itu diterima sewaktu Mohd Helmi hendak menjual hasil curiannya itu.

Itu yang didedahkan sendiri oleh Mohd Helmi kepada polis semasa sesi soal siasat dijalankan ke atasnya.

Kes Mohd Helmi telah dituduh di Mahkamah Majestret Port Dickson Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, tertuduh seorang penganggur sebelum ini diberkas orang ramai pada 3 November 2016 sejurus didapati cuba mencuri dua utas jam tangan di sebuah kedai jam di Bandar Port Dickson sekitar jam 6petang.

Menurutnya, dalam kejadian itu, kegiatan jenayah Mohd Helmi disedari oleh pemilik kedai, seorang wanita berusia 68 tahun dan segera menjerit.

“Orang awam dilokasi berjaya menahan tertuduh dan diserahkan kepada polis.

“Hasil ujian air kencing ke atas Mohd Helmi mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Dan siasatan lanjut mendapati, Mohd Helmi terlibat dengan kes pecah rumah seorang guru silat dan polis berjaya menemui barang kes antaranya keris, pedang, grander, topi keledar dan joran yang disorokkan dirumahnya,” katanya dalam sidang media pagi tadi di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daera Port Dickson.‎




http://www.sinarharian.com.my/semasa/padah-curi-keris-pedang-guru-silat-1.584612




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Diganggu penunggu keris! Itu bayaran yang perlu dilalui oleh pemuda akibat curi keris, pedang guru silat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top