Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pelajar Perempuan Sekolah Rendah Dirasuk Hantu nenek Kebayan Berubah Jadi Harimau Jadian

Kelibat seorang wanita tua seperti nenek kebayan yang sering berlegar di pekarangan sebuah sekolah rendah di pasoh,menyebabkan sekumpulan murid bertukar watak menjadi harimau selepas dipercayai diganggu mahkluk berkenan semenjak 3 bulan lalu.


gambar hiasan

Gangguan yang berlaku sejak ogos lalu itu,menyebabkan sebahagian murid dirasuk berubah hingga ada di antaranya bergaduh sesama sendiri,serta bercakaran seperti harimau selain cuba menciderakan diri sendiri.

Insiden bermula apabila 31 murid mengalami sakit perut dan muntah muntah sebaik selesai waktu rehat sebelum mereka dibawa kehospital untuk mendapat rawatan.

Bagaimanapun keadaan berubah apabila murid terbabit kembali sihat seperti sedia kala sebaik tiba dihospital berkenan.

Sumber berkata pada awalnya pihak sekolah menyangka insiden itu dikaitkan dengan keracunan makanan dikantin sekolah namun tiada bukti mengaitkan kes berkenaan.

Bukan hanya murid saja, malah guru juga turut mengaami kejadian yang sama apabila sering mendakwa melihat kelibat seorang wanita tua dan mahluk halus di sekitar kawasan sekolah itu.

Sebaik melihat mahluk itu mereka seperti di cekik hingga meninggalkan kesan,selain di cakar dan ditumbuk tanpa disedari, katanya.

Berikutan pelbagai kejadian yang berlaku,ia menimbulkan ketakutan kepada murid,guru dan ibu bapa hingga memasksa sekolah membatalkan kelas malam Ujian penilaian sekolah rendah USPR ,ujian kelas Agama dan Fardu Ain,serta Kokurikulum lain baru baru ini.

Keadaan huru hara berlaku setiap hari sepanjang persekolahan sehingga menganggu pembelajaran setiap hari,murid dan guru mengalami gangguan mula jam 9 pagi dan berlarutan sehingga tamat sesi persekolahan.

Pada awal gangguan sekitar ogos dan september lalu,ada murid pengsan dan mengejar rakan lain serta mencakar meja.

Kekuatan murid terbabit juga mengejutkan apabila mampu mengangkat dan menolak meja hanya dengan satu jari.itu tidak termasuk murid murid yang tiba tiba pengsan ketika berjalan di kaki lima,dalam tandas dan ketika makan di kantin.

Sementara itu yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru yusuf mas muda bekata,kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap Akademik murid kerana bimbang mempengaruhi dua ujian yang di duduki mereka.eberita.org



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Pelajar Perempuan Sekolah Rendah Dirasuk Hantu nenek Kebayan Berubah Jadi Harimau Jadian. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top