Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Demi Suri Hati Mr. Pilot, Ramai Sanggup Ponteng Kerja?



DEMAM drama Melayu mungkin sudah sampai ke tahap seperti mana fanatiknya rakyat Korea Selatan terhadap drama terbitan negara mereka.





Itu situasi yang boleh digambarkan saat melihat gambar pada majlis tayangan Suri Hati Mr. Pilot yang diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Tengoklah sambutannya tu, memang luar biasa sungguh! Sampai penuh panggung.

Majlis berbayar itu turut dihadiri barisan pelakon drama bersiri popular tersebut, seperti Neelofa, Fattah Amin, Ben Amir dan Adriana Adnan.

Sesi tayangan itu diadakan petang semalam dan penonton perlu membayar sebanyak RM120 bagi menyertai majlis tersebut.

Untuk makluman, majlis itu diadakan pada petang semalam, dan rata-rata peminat yang menghadirkan diri terdiri daripada golongan wanita yang bekerjaya.

Hai, sampai sanggup ambil cuti nak jumpa pelakon-pelakon kegemaran mereka. Hebat jugak penangan drama arahan Michael Ang ni ya! – MYNEWSHUB.CC














https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Demi Suri Hati Mr. Pilot, Ramai Sanggup Ponteng Kerja?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top