Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Anak Tak Sah Taraf Takkan Masuk Syurga Walaupun Dia Alim Dan Warak ?

Adakah Anak tidak Sah Taraf Tidak masuk Syurga?

Kitab Fadilat Amal.

Semua ibu ibu yang telah melahirkan anak , dalam berpantang, selepas anak anak tidor, atau sedang menyusu apabila waktu rehat, mereka berkumpul dan baca kitab. Bukan duduk saja habiskan masa mengulit diri.



Ada satu soalan yang dikemukan oleh pelayar page Baitus Solehah bertanya,
"Saya pernah dengar ada seorang ustaz berkata anakntidak sah taraf tidak akan masuk syurga walaupun dia alim dan warak."

Ini jawapan saya.


Memang benar anak tidak sah taraf tidak masuk syurga sekiranya anak itu apabila telah akil baligh hingga meninggal dunia tidak beriman kepada Allah dan tidak mengESAkan Allah. Anak ini memang confirm ke neraka.


Tetapi jika anak tidak sah taraf itu apabila telah akil baligh hingga meninggal dunia adalah seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah, rasul dan ibu bapanya tidak ada sebab untuk dia menuju ke neraka.


Terus terang saya katakan saya tidak pernah dengar, dan tak de sesiapa pun yang berani bertanya soalan begitu kepada saya.
Untuk makluman puan dan ibu ibu budiman di luar sana, Allah hanya memandang iman dan takwa. Itu yang membezakan antara kita manusia. Masuk syurga atas rahmat Allah. Untuk mendapat rahmat Allah, kita mesti mentaati perintah Allah. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Seorang pendosa yang bertaubat, mendidik anak dengan amalan dan syariat Islam, dikurniakan taufik dan hidayah Allah, sentiasa melakukan ketaatan di dalam perjalanan menuju Allah, maka rahmat Allah bertebaran dilaluan itu. Usaha kita sebagai hamba adalah meraih rahmat Allah Taala.


Apakah anak tidak sah taraf bukan hamba Allah? Sekiranya mereka juga hamba Allah, jika mereka beriman dan bertakwa, tetap Allah pandang dan dorongkan ke syurga.


Siapa kita boleh menafikan hak seorang hamba Allah yang bertakwa untuk masuk ke syurga? Kita pun belum ada jaminan ke syurga, pandai pandai nak menafikan hak orang lain.


Pendosa yang bertaubat lebih mulia dari kita yang tidak sedar sedar akan kejahilan mahu menilai iman dan takwa orang.
Sebab itu dengar dan bertanya orang yang berada dilapangan , bukan bertanya kepada orang yang tidak ada kena mengena dilapangan ini. Orang mudah saja menghukum kerana mereka bukan ada buat apa apa puan sekadar bercakap sahaja.

Semua bayi atau kanak kanak yang belum akil baligh meninggal dunia akan masuk syurga tidak kiralah samada dia lahirkan oleh ibu yang bukan beragama Islam atau ibu yang pendosa.

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Anak Tak Sah Taraf Takkan Masuk Syurga Walaupun Dia Alim Dan Warak ?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top