Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Abang, boleh tolong basuh dulu tak? Anak berak..." lembut je si isteri berkata. Apa si suami jawab?

Salam, admin. Sekadar nak share satu insiden ni yang brlaku depan mata saya.

Ada sepasang suami isteri dengan anak kecil, seorang, makan di sebuah restoran. Saya anggarkan umur anak tu dalam setahun.

Si ayah makan penuh brselera. Hanya sesekali angkat muka tengok isteri dan anak. Fokus lebih pada hp kat tangan dan makanan je. 

Isteri dengan sabar menyuapkan makanan kepada si anak. Dia pun makan tak mnyempat, sebab si anak merengek2 nak makan. Tapi si isteri tetap sabar.
Habis licin pinggan makanan, si suami terus dengan hpnya. Langsung tak tolong isterinya suap makanan untuk si anak supaya si isteri boleh makan.
Isteri baru je nak suap makanan ke mulut, tiba2 si anak meragam, menangis. Rupanya dia buang air besar. 

"Abang, boleh tolong basuh dulu tak? Anak berak..." lembut je si isteri berkata. Apa si suami jawab?

"Anak berak pun awak masih berselera nak makan? Ibu jenis apa ni?!"
Dengan muka sedih, si isteri menolak pinggan makanan. Sayu tengok muka dia. Hati ni tersentuh sangat. Benci betul tengok muka si suami tu. Dengan selamba je terus main hp.

Para suami di luar sana. Fahamilah hati isteri kalian. 

Tidakkah rasa kasihan melihat mereka? Siang malam bekerja tanpa rehat yang cukup.
Ke mana rasa kasih dan cinta yang dulu...sewaktu awal bcinta dan brumahtangga?

Manusia memang pelik. Apabila sudah tiada di depan mata, barulah setengah mati mencari. Waktu ada, langsung tidak dihargai.

Moga hati ni setabah hati si isteri tadi...yang rasanya dah lama makan hati. Sabarlah..., kerana syurga menanti.
Tq, admin.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA "Abang, boleh tolong basuh dulu tak? Anak berak..." lembut je si isteri berkata. Apa si suami jawab? . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top