Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tindakan Kerajaan Persekutuan Tukar IPG Kepada Kolej Adalah Tindakan Bodoh - Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'bodoh'.

The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.

"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah teknik adalah bodoh.

"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016, semalam.

"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


sumber: malaysiakini.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tindakan Kerajaan Persekutuan Tukar IPG Kepada Kolej Adalah Tindakan Bodoh - Adenan . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top