Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Syafiq 'kosong' lokasi sibuk KL untuk filemnya akan datang-HEBAT IKUT BAKAT BAPANYA


Beberapa minggu lalu, ramai yang ‘terkejut’ dan kagum apabila menonton video trailer filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Desolasi di YouTube yang mempertaruhkan Syamsul Yusof sebagai pelakon utama.




Rata-rata, peminat filem tanah air meluahkan pelbagai reaksi mengenai filem yang akan ditayangkan bermula 8 Disember depan itu.

Rata-ratanya kagum bagaimana Syafiq berjaya ‘mengosongkan’ beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur dalam beberapa babak filem itu seperti dalam filem lakonan Will Smith iaitu I Am Legend.

Ada yang mengatakan Syafiq menggunakan pengaruh bapanya, Datuk Yusof Haslam untuk menutup jalan-jalan utama di ibu kota yang sentiasa sesak dengan manusia dan kenderaan itu.

“Ramai yang cakap saya gunakan pengaruh bapa kerana kata mereka, bapa saya ada hubungan baik dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia), tetapi itu semua tidak benar.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak menutup jalan utama. Apa yang kami lakukan ialah menutup beberapa laluan selama 10 hingga 15 saat saja. Itu pun, ramai yang marah dan tak puas hati,” katanya.

Menurut Syafiq, antara cabaran lain dalam menghasilkan filem Desolasi adalah apabila dia dan kru produksinya dihalau pihak pengurusan bangunan berhampiran tempat mereka menjalani penggambaran.

“Kru dan kamera terpaksa duduk betul-betul di lorong dan tempat sempit untuk menjayakan beberapa babak kerana kami dihalau pengurusan bangunan berhampiran,” katanya.

Syafiq berkata, bagi menjayakan babak Syamsul yang memegang peranan sebagai Aiman bersendirian, mereka gunakan teknik kesan khas Imej Janaan Komputer (CGI) untuk ‘memadam’ semua orang awam yang berada di situ.

Bercerita mengenai filem terbarunya itu, Syafiq berkata, idea berkenaan sudah ada dalam fikirannya sejak kanak-kanak lagi.

“Ketika kanak-kanak, saya selalu terfikir alangkah seronoknya kalau hanya saya seorang sahaja yang ada di dunia ini. Jadi, saya boleh lakukan semua perkara yang saya mahu. Itu sekadar fantasi saya ketika kecil.

“Kalau rujukan pula, untuk Desolasi saya merujuk filem Hollywood antaranya Inception yang membariskan pelakon hebat seperti Leonardo DiCaprio,” katanya.

Secara ringkasnya, Desolasi mengisahkan mengenai Aiman, pemuda yang sering diuji Allah dan melalui pelbagai masalah dalam kehidupannya.

Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap.

Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

Ditanya mengenai pemilihan Syamsul sebagai teraju utama, Syafiq memberi beberapa kriteria.

“Saya pilih Syamsul atas beberapa sebab. Pertama, dia adalah artis yang mewakili Skop Production. Kedua, dia memiliki aura yang kuat untuk menarik penonton datang menonton dan ketiga, tentunya mudah bekerja dengannya,” katanya.

Ditanya mengenai strategi promosinya yang nampak seperti tidak berlebihan, Syafiq tidak menafikannya.

“Saya mula hasilkan filem ini dua tahun lalu dan pada waktu itu, ada beberapa liputan yang dibuat. Mungkin yang memakan masa lama adalah proses CGI yang mengambil masa selama setahun.

“Dari segi promosi, memang Skop Production menjalankan rangka promosi yang biasa-biasa saja kerana kami bukanlah studio gergasi.

“Kami hasilkan filem untuk menjalankan sebuah syarikat yang memiliki ramai pekerja. Alhamdulillah, semua filem yang diterbitkan oleh Skop Production berjaya tanpa promosi yang berlebihan,” katanya.

Syafiq juga mengambil kesempatan untuk mengajak penonton bersama-sama ke pawagam bagi menonton sendiri filem Desolasi.

“Saya harap, ramai penonton akan ke pawagam dan bawa keluarga bersama kerana Desolasi banyak memaparkan nilai kekeluargaan dan keinsafan, sesuai untuk semua lapisan









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Syafiq 'kosong' lokasi sibuk KL untuk filemnya akan datang-HEBAT IKUT BAKAT BAPANYA. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top