Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SUBHANALLAH !!! Rasulullah Bersabda Isteri adalah Pembawa Sial. Jika Isteri Anda Mempunyai 3 Kriteria Seperti Ini.

Jangan pilih wanita menjadi isteri hanya kerana parasnya yang cantik atau kerana kekayaannya, kerana kebahagiaan berumahtangga tidak dicapai dengan hal-hal seperti itu. Tapi pilihlah isteri sesuai yang disyorkan Nabi.Rasulullah sudah memberi peringatan kepada para suami untuk memperhatikan tiga perkara berikut ini. Jika anda mendapati 3 ciri ini pada isteri anda, maka Rasulullah menyebutnya sebagai isteri pembawa sial.


 Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Thabrani dan Imam Al Bazzar, Nabi menyebut ada 3 golongan wanita yang dikategorikan sebagai pembawa kesialan dalam keluarga.

Mari kita bahas satu per satu:

  1. Apabila Dilihat, Ia Menjengkelkan

Apabila pulang dari kerja suami tentunya ingin melihat isteri di rumah menyambutnya dengan senyum yang menyenangkan. Hal ini akan membuat segala lelah di pejabat hilang seketika.

Tetapi alangkah malangnya suami, jika sampai di rumah mencari isteri yang selekeh, bau dan wajahnya menjengkelkan. Bahkan jika ditegur maka segala macam bantahan akan keluar dari mulutnya seakan dirinya tidak bersalah.


 Isteri seperti itu akan melawan dan menjerit seolah-olah suaminya yang salah. Isteri yang demikian bukanlah isteri yang tak tahu peraturan. Ia hanya merasa bahawa ilmu yang dimiliki telah cukup namun kadar ilmu agama sangat kurang.
Boleh jadi isteri yang demikian berasal dari keluarga kaya raya dengan paras ayu rupawan ataupun boleh sebaliknya.


2. Apabila Bercakap, Ucapannya Menyakiti Perasaan

Ada beberapa wanita yang mempunyai lidah setajam sembilu, apa yang dilontarkan dari mulutnya kadang melukai perasaan lawan bicaranya.

Jika menjadi isteri, maka wanita seperti itu akan membuat suami 'makan hati' setiap hari. Ucapannya akan menyakiti perasaan dan menyinggung membuat suami jadi tidak enak dan tidak betah pulang ke rumah.

Jika diingatkan, isteri seperti ini akan membantah dan bahkan menuduh balik suami dengan perkataan yang tidak terpuji.


 3. Apabila Ditinggal Pejabat, Ia Berkhianat

Pada masa baru berkahwin beberapa hari dan belum merasakan kedekatan dengan sang isteri, suami lantas harus menyelesaikan tugas keluar beberapa hari.

Sikap isteri yang tidak boleh diamanahi sejak awal membuat fikiran suami menjadi berprasangka bahawa si isteri akan membawa rakan-rakannya ke rumah. Boleh juga isteri akan pulang ke rumah orang tuanya dan enggan untuk kembali.

Adakah suami memutuskan berangkat dengan sikap isteri yang tak amanah?Jika seperti itu sungguh kerugian bagi suami kerana tidak merasakan bahagia dan ketenangan.

Demikian 3 ciri isteri yang membawa sial bagi rumah tangga. Suami yang mempunyai isteri seperti ini haruslah meningkatkan kesabaran dan ketakwaan kepada Allah, SWT.mynetwork1988.blogspot.my






Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA SUBHANALLAH !!! Rasulullah Bersabda Isteri adalah Pembawa Sial. Jika Isteri Anda Mempunyai 3 Kriteria Seperti Ini. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top