Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Rugi RM300 Juta Setahun, Kerajaan Akan Hentikan Perlumbaan F1, Litar Sepang Boleh Digunakan Mat Rempit - Nazri

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata negara terpaksa menanggung RM300 juta setahun untuk menganjurkan acara itu dan “tidak mendapat pulangan”.

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Formula Satu (F1) bermula 2018 kerana acara itu gagal memberikan keuntungan, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata negara terpaksa menanggung RM300 juta setahun untuk menganjurkan acara itu dan “tidak mendapat pulangan”.

Beliau berkata Malaysia tidak akan melanjutkan lagi perjanjian sebaik saja ia tamat pada 2018.

Bagaimanapun, katanya Litar Lumba Antarabangsa Sepang tidak akan terbiar kerana ia akan digunakan untuk sukan Moto GP yang lebih lumayan.

“Mat rempit juga mungkin boleh menggunakan litar itu,” katanya.

Selain itu, katanya penganjuran perlumbaan F1 di Sepang pada mulanya bertujuan untuk menggalakkan rakyat tempatan meminati sukan antarabangsa itu tetapi nampaknya negara tidak berjaya mencapai matlamat itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Twitter Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menulis F1 tidak perlu disambung kerana ia tidak membawa keuntungan.

Nazri berkata: “Saya faham kenapa dia buat kenyataan seperti itu. Semakin mahal untuk menganjurkan F1.

“Kami lihat kehadiran penonton menyaksikan perlumbaan itu semakin berkurangan dari tahun ke tahun,” katanya.

Nazri berkata perkara sama berlaku di Singapura dengan jumlah pelancong ke negara itu ketika F1 semakin berkurangan.

“Di Malaysia sudah tentu ada lebih 30 pasukan dan pemandu sepanjang perlumbaan berlangsung. Bilik hotel penuh ditempah. Tetapi bagi jangka panjang ia tidak memberi keuntungan kepada negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya senario berbeza untuk Moto GP yang mempunyai peminat lebih ramai di dalam negara ini.

Beberapa minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata nasib acara F1 di Malaysia akan diputuskan tidak lama lagi.

Beliau dipetik sebagai berkata menganjurkan F1 membabitkan kos terlalu tinggi tetapi untung rendah.

Razlan berkata jualan tiket F1 menurun sejak 2014, dan jualan baru-baru ini hanya antara 55% dan 60%, jika dibandingkan dengan tiket Moto GP yang habis dijual.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Rugi RM300 Juta Setahun, Kerajaan Akan Hentikan Perlumbaan F1, Litar Sepang Boleh Digunakan Mat Rempit - Nazri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top