Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nur Jazlan: Dr M pakai baju-T BERSIH tak wajar sebagai negarawan

MalaysiaKini:
Nur Jazlan: Dr M pakai baju-T BERSIH tak wajar sebagai negarawan



Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memakai baju-T BERSIH untuk mempromosikan perhimpunan haram adalah tidak wajar bagi seorang negarawan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Katanya, tindakan itu bercanggah dengan prinsip bekas perdana menteri itu berhubung demonstrasi haram."Masa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim buat demonstrasi pada 1998 dahulu, dia (Dr Mahathir) guna ISA (Internal Security Act)


 untuk menghalang demonstrasi seperti itu," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam..Dr Mahathir muncul dalam klip video memakai baju-T itu ketika mempromosikan perhimpunan haram di media sosial kelmarin.Nur Jazlan juga menggesa pengamal media supaya berhenti daripada mensensasikan pergerakan Bersih dan Baju Merah."


Oleh kerana perhatian anda yang berterusan mengenai perkara ini, mereka mendapat liputan ... jik anda berhenti mengetengahkan dan mensensasikan mereka, minat kepada demonstrasi akan berkurangan,"katanya.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid semalam mengulangi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penganjur perhimpunan BERSIH dan Baju Merah Sabtu ini.- Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Nur Jazlan: Dr M pakai baju-T BERSIH tak wajar sebagai negarawan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top