Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kejatuhan Ketara Ringgit Malaysia, Menyebabkan Warga Singapura "Kenduri" Duit RM Sampai Tak Cukup Stok

BANGI, 13 Safar 1438H, Ahad – Kejatuhan mendadak nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sejak semalam terburuk dalam tempoh 12 tahun, menyaksikan rakyat Singapura berpusu-pusu membeli.

Sejak kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden AS, pengurup wang di Singapura telah melihat peningkatan 30 peratus dalam bilangan pelanggan yang membeli ringgit.Pengurus Pentadbiran Arcade Plaza Traders, Deen memberitahu, kira-kira 40 hingga 50 peratus daripada pelanggannya membeli ringgit.


Pada jam 10 pagi semalam, ringgit diniagakan pada RM3.1504 berbanding satu Singapura mengikut aplikasi penukaran mata wang XE Wang.Kadar yang dipaparkan pada aplikasi berkenaan kebiasannya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh pengurup wang.

Menjelang tengah hari, kadarnya adalah pada 3.0351 di AR Money Exchange di Junction 8.Manakala, pada jam 2 petang semalam, ianya adalah di antara 3.035 dan 3.05 di lapan pengurup wang di The Arcade dalam Collyer Quay.

Pengurup wang di sana memberitahu, mereka melihat lonjakan pelanggan membeli ringgit semalam.Aksha Exchange yang mula berurus niaga pada jam 10 pagi kehabisan stok sebanyak RM300,000 pada jam 2 petang

Pemiliknya berkata: “Kami tidak menjangka akan ia akan habis. Terlalu ramai orang datang untuk membeli. Pada minggu lalu, S$1 bersamaan RM3. Hari ini, ia adalah RM3.04.”Pengurus kedai, Niel Hoh, 28, yang sering kali berulang alik ke Malaysia setiap dua bulan, memberitahu bahawa dia jimat lebih daripada S$200.

“Saya membeli RM10,000 untuk S$ 3,278.69 hari ini. Dua minggu lalu, saya membeli hanya RM1,500, di mana kadar tukarannya S$1bersamaan RM2.90.”Tetapi penduduk tetap, David Wong, 55, yang bekerja di sebuah firma hartanah Malaysia, merasakan kesannya.

Dia menjual RM20,000, dan mendapat kira-kira $S1 6,500 – kira-kira SG$ 200 lebih rendah daripada empat minggu lalu.Sementara itu, Yoong, yang juga memiliki Bon Voyage Money Changer, berkata:

“Terdapat tanda-tanda bahawa ringgit yang semakin lemah, dan permintaan untuk ringgit boleh menjadi tinggi. Ada juga sesetengah pelanggan yang menunggu untuk melihat sama ada kadar ringgit akan turun lebih jauh.” – Agensi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kejatuhan Ketara Ringgit Malaysia, Menyebabkan Warga Singapura "Kenduri" Duit RM Sampai Tak Cukup Stok . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top