Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ingatkan Bajet 2017 Menguntungkan Rakyat Tapi Menjahanamkan Rakyat

DUNGUN – Belum pun sempat sidang parlimen sesi ini ditangguhkan, rakyat telah pun dibebani dengan baranan keperluan yang ‘serba-serbi naik’ harganya.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun YB Cikgu Alias Harun berkata, bajet 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak banyak memberikan keuntungan kepada rakyat.



Screenshot (162)Katanya, kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 1 November lalu akan menyebabkan harga barangan lain turut meningkat.

“kita ingat apabila bajet (2017) diisytiharkan banyak menguntungkan masyarakat tapi tak sempat sidang dewan parlimen ditangguhkan kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak dan kali ini bukan sebanyak 05 sen, 10 sen, tapi sebanyak 25 sen dibandingkan dengan beberapa bulan yang lepas.

“Bulan lepas 10 sen, sekarang 15 sen. Dah jadi 25 sen dan kita sentiasa memperingatkan kepada kerajaan jangan bermain dengan isu kenaikan harga minyak sebab apabila minyak dinaikkan sudah tentu akan melibatkan harga barang akan turut naik lebih lebih lagi masyarakat terbeban,”tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian kepada pihak media selepas bersama menyertai ‘Flashmob’ Bantahan Harga Barangan ‘Serba Naik’ bersama masyarakat di bandar Dungun semalan.

flashmob serba naik1Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun yang telah menganjurkan program itu pada petang Jumaat 11hb. November.

Katanya, sebelum ini kerajaan telah menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah menokok perbelanjaan seluruh rakyat sebanyak enam peratus.

“dengan kenaikan (belanja sebab) GST walaupun 6% tetapi 6% seluruh pembeli akan terkena……kalau dulu hanya masyarakat yang tertentu sahaja dikenakan cukai,

“memang kita bantah bukan untuk menurunkan (harga) tetapi kita bantah semua sekali, tidak mahu GST ini akan dilaksanakan,”jelasnya.

Menurutnya, rakyat perlu sedar, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan ditanggung setiap masa sepanjang tahun, tidak padan dengan pemberian BR1M yang hanya sekali sahaja.

flashmob serba naik3“kita tengok dalam perbelanjaan (pembentangan bajet 2017) dia ‘menggula-gulakan’ masyarakat dengan menaikan BR1M,

“(sedangkan bantuan) BR1M hanya ‘one off’ (sekali pemberian sahaja) tetapi harga barang (yang naik) hari-hari kita beli……….ini sepatutnya rakyat sedar dan membuat perubahan dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14 akan datang),”ujarnya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ingatkan Bajet 2017 Menguntungkan Rakyat Tapi Menjahanamkan Rakyat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top