Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Fenomena 'Full moon'(bulan penuh)-adakah benar fenomena ni berkaitan dengan parasit

[Edisi: Fenomena 'Full moon'(bulan penuh)]
Laksana rembulan. Kahkah


'Full moon'(bulan penuh) merupakan fenomena yang berlaku setiap bulan. Ini kerana bulan sentiasa mengelilingi bumi. Dalam keadaan bulan penuh, kedudukan bumi berada di antara bulan dan matahari dan ianya membentuk satu garis lurus. Putaran bulan terhadap bumi menyebabkan wujudnya pasang surut air laut.

1) Apakah itu parasit?

Utk mengetahui kaitannya, perlunya kita mengenali apakah itu parasit.
Parasit merupakan sejenis organisma yang melakukan simbiosis(interaksi dgn haiwan lain). Organisma ini akan mengambil makanan daripada organisma lain malah membahayakan pada perumah/host tersebut.
Berlainan pula dgn simbiosis secara mutualisme, dimana kedua2nya mendpt keuntungan.

2) Jenis parasit

Parasit terbahagi kepada dua iaitu endoparasite(parasit yg hidup di dalam perumah/host) dan ectoparasite(parasit yg hidup diluar perumah/host)
Dalam kedua2 jenis parasite ini, mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk mendapatkan nutrisi daripada perumah tersebut. 

Jika kita ambil contoh di Malaysia, parasit yang selalu dihadapi oleh kita adalah ascharis lumbricoides. Ia merupakan cacing yang menghisap darah drpd usus. Cara penyebarannya adalah drpd najis yang tercemar dan mengandungi telur2 organisma tersebut di telan oleh kita(faecal-oral route). Sebab itu jarang org yang pembersih menghadapi masalah ini. Mereka yang selalu menghadapinya adalah kanak2 yang selalu bermain di atas tanah.

Apabila dia memegang tanah yg tercemar dgn najis yg mempunyai telur cacing tersebut dan tidak membasuh tangan ketika makan, maka cacing itu akan masuk dan menetas di dalam saluran permakanan serta membiak di dalamnya.
Symptom yang selalu dialami oleh mereka ini sama sahaja dgn simptom org kekurangan darah iaitu pucat, cepat letih, cepat berdebar dan mempunyai ciri2 yg lain. Sebagai tambahan, orang bandar memang jarang dapat benda nih sebab mereka tidak selalu bermain dgn tanah. 

Dan banyak lagi parasit lain yang sering dihadapi oleh orang Malaysia seperti plasmodium falciparum, kutu dan sebagainya.

3) Kitar hidup

Setiap parasit mempunyai kitar hidup yg berbeza2. Ada yg bertelur 2 minggu sekali. Ada yg memerlukan perumah untuk membiak dan sebagainya.
Setiap daripada organisma tersebut mempunyai 'life cycle'(kitaran hidup) yang berbeza2. 

Cuba anda cari di internet berkenaan dgn jenis2 parasit. Anda akan ketemukan, beratus jenis parasit dan setiap drpdnya memberi simptom dan kitaran hidup yang berlainan apabila menjangkiti sesorg perumah tersebut. 

4) Di dalam kajian parasitology tidak pernah mereka menceritakan bahawa parasit akan menjadi semakin aktif mahupun kitaran hidup parasit berubah apabila Full Moon berlaku.

Yang mengatakan parasit menjadi aktif ketika full moon hanyalah mereka yg tidak sempat mempelajari sains dgn betul. Percaya membuta tuli tanpa melakukam sebarang pembacaan dan kajian. 

Sama seperti kaum antivaxx. Jika anak demam selepas vaxx, culprit utama adalah vaksin. Begitu juga ketika anak tidak sihat semasa Full moon. Maka kejadian tuhan yg maha sempurna itu yg disalahkan.

Kalau jd kaum antivaxx, semua penyakit salah org dan benda lain. Sedang yg menurunkan penyakit adalah Allah.
--DM--



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Fenomena 'Full moon'(bulan penuh)-adakah benar fenomena ni berkaitan dengan parasit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top