Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Donald Trump Lantik Anak Sendiri terajui Kabinet Baru US

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bakal Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin menamakan tiga anaknya, Ivanka, Donald Jr dan Eric serta menantunya, Jared Kushner sebagai sebahagian daripada pasukan peralihan yang akan memilih barisan anggota Kabinet baharu negara itu.

Kesemua mereka akan membantu proses mengenal pasti individu untuk jawatan tertinggi pentadbiran Rumah Putih dan Kabinet menjelang pelantikan rasmi beliau pada 20 Januari depan.

"Misi pasukan kami adalah jelas dengan meletakkan pasukan paling berkelayakan tinggi dalam kalangan pemimpin berjaya yang dapat melaksanakan agenda perubahan di Washington," kata Trump dalam satu kenyataan.

Selain itu, jutawan hartanah terbabit turut melantik gandingannya ketika bertanding jawatan presiden, Mike Pence sebagai ketua yang akan memimpin pasukan peralihan tersebut.

Menurut laporan Bloomberg Politics, Trump telah menyediakan senarai awal anggota Kabinet yang berpotensi termasuk beberapa bekas calon presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Ivanka bersama adik beradiknya yang lain turut dinamakan sebagai pemegang amanah syarikat bapa mereka selepas Trump Organiz









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Donald Trump Lantik Anak Sendiri terajui Kabinet Baru US. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top