Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Detik Hitam 2 Pelajar Perempuan Dicabul Lelaki Tidak Dikenali Terjawab, Inilah Pekerjaan Lelaki tersebut Bukan Calang-Calang Orang

KAJANG - Seorang lelaki yang disyaki suspek terlibat dalam kes mencabul dua pelajar perempuan universiti swasta di hadapan sebuah kondominium, Bandar Sungai Long di sini pada Selasa lepas telah serah diri kepada pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek yang bekerja sebagai seorang peguam sivil berusia 33 tahun itu telah menyerahkan diri pada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Pihak polis kemudian telah melakukan penahanan terhadap suspek dan mangsa dipanggil untuk proses pengecaman.“Pengecaman oleh mangsa didapati positif dan suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan dua pelajar perempuan sebuah universiti swasta menempuh detik hitam apabila dicabul seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Bandar Sungai Long.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun bersama seorang lagi rakannya dalam perjalanan balik ke rumah sewa mereka di kondominium berkenaan.Susulan daripadan insiden itu, pihak polis telah menggiatkan usaha mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Dalam pada itu, rakaman video mengenai kejadian tersebut turut menjadi viral di laman sosial sejak 1 November lepas. - 


sumber berita: kosmo.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Detik Hitam 2 Pelajar Perempuan Dicabul Lelaki Tidak Dikenali Terjawab, Inilah Pekerjaan Lelaki tersebut Bukan Calang-Calang Orang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top