Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

anak saya pulang sambil menangis dan mengadu sakit di bahagian duburnya.-diliwat datuk saudara



Budak 5 Tahun Diliwat Warga Emas 60 Tahun


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun trauma selepas diliwat oleh warga emas berusia 60 tahun yang juga merupakan ahli keluarganya sendiri dalam kejadian 20 Julai lalu, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, suspek kes telah dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor usia dan kini dipercayai telah melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Rashidah, 29, berkata, anak keduanya daripada tiga beradik itu telah diliwat oleh bapa sepupunya hampir sebulan yang lalu.

DIUMPAN DENGAN JAM TANGAN

"20 Julai lalu, anak saya pulang sambil menangis dan mengadu sakit di bahagian duburnya. Saya tak puas hati lalu menyoal dia. Dia memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh bapa sepupu saya di kawasan semak yang berhampiran rumahnya.

"Sebelum kejadian itu berlaku, anak saya kata dia telah diberikan jam tangan sebelum diajak ke dalam semak," katanya.

Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, Rashidah segera membawa mangsa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan.

"Hasil pemeriksaan doktor termasuk doktor pakar mengesahkan bahawa terdapat kesan tusukan di bahagian dubur anak saya," katanya.
Pihak hospital kemudian memaklumkan kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis di Balai Polis Binjai pada 21 Julai.

Polis telah menjalankan siasatan dan meminta mangsa untuk 'kawat cam'. Suspek telah dipanggil ke balai untuk dibuat pengecaman dan mangsa mengesahkan bahawa warga emas terbabit yang telah meliwatnya.

DIUGUT SANAK SAUDARA

"Saya sedih dengan kejadian ini, saya turut diugut oleh sanak saudaranya agar tidak memanjangkan kes ini dan meminta kes ini diselesaikan secara kekeluargaan," katanya.

Bagaimanapun Rashidah tampil menuntut keadilan anaknya itu selepas pihak hospital dan JKM memberikan amaran agar kes ini dibawa kepada phak berkuasa kerana ia menjadi satu kesalahan jika kes seumpama itu dirahsiakan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, mengesahkan menerima laporan dari ibu mangsa berhubung kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang menyiapkan kertas siasatan sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum dibawa ke timbalan pendakwaraya," katanya. - PIXEL MEDIA


http://www.thereporter.my




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA anak saya pulang sambil menangis dan mengadu sakit di bahagian duburnya.-diliwat datuk saudara. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top