Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

AL-FATIHAH-wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya


Johor Bahru: Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, hari ini.




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,

Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.

"Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.






http://www.hmetro.com.my/node/180158





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA AL-FATIHAH-wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top