Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Akibat Dikecam Netizen, Najib Padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah Ketika Lawatan Di China

GAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.


Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.

Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:

"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"

(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)


Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.


Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.


Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.

Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?

Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI?

sumber: milosuam.net

dikongsi:malaysianewsss.blogspot.my/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Akibat Dikecam Netizen, Najib Padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah Ketika Lawatan Di China. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top