Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ada suami macam tak ada suami...Betul orang cakap,nak kawen,biar kawen dengan orang cintakan kita bukan kita cintakan dia.

Salam semua.
Saya sekadar nak luah perasaan.
Ada suami mcm tak ada suami.


 sekadar gambar hiasan


Betul orang cakap,nak kawen,biar kawen dengan orang cintakan kita bukan kita cintakan dia.
Sekarang ni,semua benda dlm hal rumahtangga,saya uruskan,dari segi pelbagai hal lah.

Saya dan suami ni dari anak pertama(umur 4tahun) dilahirkan tak pernah tidur sebilik.
Kecuali g bcuti la.tpaksa tido sebilik.
Dari saat anak dilahirkan,sejak hari pertama saya berpantang..saya tidur bsama anak dibilik,suami tidur diruang tamu.
Apa yg membuat dia tido luar,sebab tak tahan,anak kerap nangis tgh malam.
So,bermula dari situ,dia mmg tidur diluar.
Dan sekarang ni pula kami ni pasangan suami isteri jarak jauh.kira hujung minggu shj bjumpa.

Kadang2..saya memang tak ada hati pd suami.Dan harini saya rasa mmg 0.1% cinta sy terhadap dia.
Sekarang saya tak hairan sekiranya dia ceraikan saya.
Saya dah boleh uruskan semua.
Dari zaman mengandung,saya pergi checkups sendiri ke klinik.tiada suami pimpin2 seperti pasangan lain..
Pergi kerja jalan kaki,naik tren.kalau suami cuti pon,banyak alasan utk tumpangkan isteri ke tempat kerja,sdgkan sy sarat mengandung.saya banyak pendam dan menangis serta stress ketika mengandung.
Suami pula seperti tiada perasaan.
Saat saya sedang kesakitan diwad menunggu masa untuk bersalin,suami sempat tidur 2jam di surau dan makan roti canai dikedai mamak.saya kesakitan tanpa suami,mujur kemudian,family dtg visit saya.
Dah masuk labor room,suami mcm tiada perasaan excited.
Bila anak dilahirkan,dia cakap dia blur,xtahu nak buat apa.
Selepas dri tu,zmn pantang,tekanan perasaan sbb sy xdapat berehat secukupnya,anak pertama,saya tiada pengalaman,suami pula pentingkan tido,dia abaikan saya dan anak...dan pula pernah suatu hari terkantoi fb n whatsapp dia penuh dgn info freelance girls dr serata negeri.

Selepas setahun,saya bekerja.
Segala perubatan anak,perubatan diri saya,saya tanggung.
Bil rumah,bil air,bil api,saya tanggung.duit pengasuh anak,saya tanggung.
Duit beli pakaian harian anak,sy tanggung. suami ada beli baju anak,tp jumlah sy spent pd anak,hanya berapa percent shj..persiapan menyambut anak sbkm bsalin 110% wang saya.Fees beranak di hosp, saya tnggung.
Begitu juga belanja dapur,duit susu dan pampers anak,saya tanggung.
Dan saya menguruskan anak seorang diri..suami kerja jauh nun disana.
Penat lelah saya.
Kadang2 saya nanges,kadang2 bila fikir ttg suami,saya akan cepat marah,dan lepas kemarahan pd anak.kesian anak saya yg xberdosa.

Disebabkan saya supermom,saya berasa tidak Adil segala urusan sy lakukan.saya minta pula suami bayar yuran sekolah anak,masih juga berkira.mau saya tunjuk berapa ringgit belanja bulanan serta gji saya padanya.
Ya Allah.. Bkiranya kau dengan aku.
Allahu..sedih sangat.
Duit gaji dia tanpa sesen spent utk kami dua beranak,bila saya minta,pelbagai alasan diberikan.
Duit gaji dia habis pd duit rumah dan duit loan kereta,itu pon harta dia.nama dia.
Sedangkan saya ni membayar duit bil air,letrik,belanja dapur,dia utilize kemudahan yg sy sediakan tu.dan rumah saya tu dia berteduh pd hjung minggu.lagi nak berkira.

Sekarang ni,kalau dia balik rumah,saya jadi meluat.dia tak balik weekend pon xpe..
Itu pon ade hati nak ajak 'bersama'.
Fikirla..kenapa saya tak ada hati nak 'bersamasama',kalau semua benda sy uruskan,duit,penat etc,seperti mengambil kesempatan keatas isteri sendiri.

Dahla tidur pon pentingkan diri sendiri..tak boleh bjaga utk anak.anak demam pon saya uruskan.insurans anak sy uruskan..
Seriously kau adalah suami yg plg rugi didunia ini sbb suami orglain inginkan saat bersusah payah bsama isteri dan anak2..
Saya tak ada harapan utk dia buat masa skrg,cuma minta suami berubah,cuba faham ditempat saya.
Kadang2 bila saya utarakan mengenai letih sebab kerja rumah saya buat seorang,dia akan cakap,org dulu2 ok je,..
Mu gkin dia lupa,org dulu2,perempuan kerjanya uruskan anak dan rumah,mana ada keluar dari awal pagi hingga malam mencari rezeki dan malam sambung buat kerja rumah utk family..

Saya sedih.
Biarla saya bahagia dgn anak seorg.kadang2 bila kita buat kebaikan, tetapi,kita mengungkit,sia2 je kebaikan tu..spt baik kita xperlu buat baik..




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Ada suami macam tak ada suami...Betul orang cakap,nak kawen,biar kawen dengan orang cintakan kita bukan kita cintakan dia.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top