Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

anak yg kami anggap akan jadi macam orang lain,lahirnya tiada bermasalah tiba-tiba di sahkan doktor akan terlantar seumur hidup

30 Januari 2012


12.05am..
Lahirnya Muhammad Riffqie Rayyan secara normal tanpa ada sebarang masalah dengan berat 3.36kg di Hosp Sg.Buloh.
Teletah rayyan yg dulunya riang,pandai terkekek jika diusik,pandai mencebik jika dimarah membuatkan ibu ayah berasa kami la yg paling bahagia di dunia ini.



Namun..kebahagian bagaikan direnggut seketika bila mana ketika rayyan berusia 8 bulan,dia dimasukkan ke private hospital akibat pneumonia,doktor di sana perasan,di usia itu,rayyan hanya berbaring,tidak boleh meniarap,dengan tangan yg asyik menggenggam,membuatkan dia merasa ada sesuatu yang tidak kena pada rayyan.
Atas nasihatnya,kami membawa rayyan menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sg.Buloh(HSB)..di sini lah segala-galanya bermula..


Setelah disoal selidik oleh pakar pediatrik HSB,pakar memutuskan untuk melakukan ujian MRI...dan hasilnya,sarung saraf otak rayyan ada yang rosak..tanpa diketahui apa puncanya jadi begitu,rayyan bergelar Cerebral Palsy..
Ya Allah...rasa bagai nak tumbang ibu saat itu



anak yg kami anggap akan jadi macam orang lain,lahirnya tiada bermasalah tiba-tiba di sahkan doktor akan terlantar seumur hidup,perlukan bantuan orang lain untuk uruskan diri.
Berlinang air mata ibu memandang sayu wajah anak syurga ibu yg ketika itu berumur 2 tahun.
Terfikir bagaimana kehidupannya jika ibu ayah dah tiada lagi di dunia ini nanti..😭
Mulai detik itu.


.perkembangan rayyan mula semakin merosot..tiada lagi suara ketawa terkekek2 dia,tiada lagi cebikan comel saat dimarah,badan dan kepalanya lembik saat digendong,kaki tangannya keras saat ditarik dan paling menyakitkan ibu,berulang kali rayyan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru sehingga kan ada satu saat tu,doktor mengatakan yang kemungkinan rayyan takkan lama hidup di dunia sebab paru-paru dah begitu mengembang..
Mulai detik itu juga..rayyan berulang alik ke hospital setiap bulan,pelbagai temujanji dengan pakar rayyan dapat,pelbagai terapi anak ibu kena buat dan pelbagai alternatif pihak keluarga cuba lakukan demi untuk memastikan rayyan pulih seperti anak lain..


Jerit pekik rayyan saat di terapi,tangis sakit rayyan saat diurut kadang kala membuatkan ibu lemah selemahnya..tapi ibu ayah kena kuat,kuat seperti rayyan..
Bukan semua orang berpeluang memiliki anak seistimewa ini kan..
Dan alhamdulillah..
Hari ini,30 Januari 2017..
Rayyan genap berumur 5 tahun..rayyan masih di hadapan ibu ayah..rayyan masih sihat..


Walaupun tak banyak perubahan berbanding dulu,sekurang2nya rayyan da cuba..
Kepala rayyan da boleh tegak,tak longlai seperti dulu..rayyan pun da boleh tunjukkan ekspesi suka walaupun dengan hanya mengangakan mulut..ibu ayah bersyukur..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Kau berilah kesihatan yang baik buat rayyan,sentiasa murahkan rezeki dia..


Ya Allah..Kau permudahkan segala urusannya..teruslah bagi kami kesempatan untuk kami terus berbakti pada amanahMu ini,sentiasa berpeluang menyuap kek kesukaannya,sentiasa berpeluang memujuk tangisannya,sentiasa berpeluang merawat sakit peningnya dan sentiasa berpeluang mengusap wajah anak syurga kurniaanMu ini..

Selamat ulang tahun ke 5 buat buah hati pengarang jantung ibu ayah..👶🎁🎉🎂


Norhayati Mohd Sani






Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA anak yg kami anggap akan jadi macam orang lain,lahirnya tiada bermasalah tiba-tiba di sahkan doktor akan terlantar seumur hidup. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top