Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

penyerang itu mengejar suami dan menetak dibahagian leher serta pinggang-isteri mangsa terselamat

Masa: 3.00 petang


Tempat: Kawasan Setinggan di belakang Taman Palma, Batu 9, Jalan Matang, Kuching.

KEJADIAN SERANGAN AMOK DAN KEBAKARAN

Pada 22 Januari 2017 (Ahad) kira-kira jam 3.00 petang, seorang individu gila yang tidak dikenali identitinya telah menyerang menggunakan parang masuk ke rumah Puan Sofia Abdullah (17 tahun) dan terus menetak suaminya Mohd Joe Abdullah (23 tahun) sebelum menyerang dan membunuh datuk dan neneknya. Individu itu juga telah membakar rumah mangsa dan 3 orang ahli keluarga yang menjadi mangsa tetak turut renting dalam kebakaran iaitu;

i. Mohd Joe Abdullah (23 tahun)
ii. Daud (64 tahun)
iii. Noraini (62 tahun). 


Bapa mereka Hassan Abdullah (36 tahun) cuba untuk menyelamatkan semua ahli keluarga yang lain dengan menarik perhatian penyerang itu dengan lari keluar rumah dan penyerang itu mengejar beliau dan menetak dibahagian leher serta pinggang.

 Kemudian lelaki berkenaan masuk kembali kerumah dan membakar kusyen kerusi dan setelah menyaksikan rumah telah benar-benmar terbakar, dia kemudian lari ke hutan berdekatan. 6 orang ahli keluarga yang lain dapat menyelamatkan diri dan seorang mangsa yang ditetak telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Menurut keluarga mangsa, penyerang adalah individu yang dikatakan kurang siuman dan tinggal di dalam hutan berhampiran kawasan kediaman mereka sejak berpuluh tahun. Penyerang sudah memerhati rumah mangsa sejak semalam lagi.
Kebakaran ini telah memusnahkan rumah mereka.


Yang Berhormat Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN N6 Tupong bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian tersebut. Beliau membantu menenangkan keluarga mangsa dan memberi bantuan kilat untuk keluarga tersebut. Siasatan masih dijalankan.






Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA penyerang itu mengejar suami dan menetak dibahagian leher serta pinggang-isteri mangsa terselamat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top