Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bila mahu tangkap ‘jerung’? SPRM sasar orang politik pula



Dalam siri tindakannya bagi memerangi gejala rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengetepikan perhatiannya terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan itu.

Ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berucap pada majlis merakyatkan SPRM di sebuah masjid di Kepala Batas, Pulau Pinang 19 Ogos 2016. — Foto Bernama

Ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan.

“SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah… saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja ― tunggulah,” katanya ketika ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani malam tadi.

Sambil berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.

Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan ― sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun penjawat awam.

Dzulkifli memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dalam usahanya memastikan negara tidak dibelenggui masalah itu.

Dengan menolak tanggapan kononnya ada pelaku rasuah termasuk “jerung besar” yang dilindungi, beliau berkata SPRM akan memperluaskan lagi “radarnya” tahun ini untuk membanteras perbuatan itu.

Dalam pada itu, beliau mengakui SPRM berdepan kekangan kewangan dalam melaksanakan tindakan itu tetapi menegaskan bahawa ia bukan alasan untuknya tidak berusaha menurunkan kadar rasuah di negara ini.

Baru-baru ini, SPRM menahan beberapa individu termasuk seorang ketua setiausaha kementerian untuk disiasat berhubung perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Badan antirasuah itu turut merampas aset seperti wang tunai, kereta mewah dan jongkong emas bernilai jutaan ringgit daripada mereka. ― Bernama



Sumber: Projek MMO



http://thetrendingnow.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Bila mahu tangkap ‘jerung’? SPRM sasar orang politik pula. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top