Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang maut, dua parah gara-gara elak bangkai babi hutan

NENEK KEBAYAN CHANNEL(1): 👵Nenek Kebayan👵:

Seorang maut, dua parah gara-gara elak bangkai babi hutan
Januari 30, 2017 09:29 MYT
-------------------------
Seorang wanita maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 50 Jalan Kemaman - Kuantan berhampiran bandar Chukai, Kemaman.
Dalam kejadian jam 11.30 pada Ahad malam itu , mangsa Hamzatul Saira Juhari , 34, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu rakan mangsa berusia lingkungan 30-an cuba mengelak bangkai seekor babi hutan.
Kenderaan Perodua Myvi yang dipandu rakan mangsa kemudiannya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki oleh tiga sekeluarga.
Ketika kejadian, mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke Kampung Kijal , Kemaman manakala tiga sekeluarga terbabit sedang menghala ke Kuantan.
Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Chukai , Kemaman dan Balai Bomba Gebeng, Kuantan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.
“Kami mendapati seorang mangsa wanita telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah disahkan pihak Hospital Kemaman. Kami telah berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di lokasi dan semua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak hospital,” ujar Komander Operasi Kanan, Syed Jamaluddin Syed Mohamed.
Pemandu Myvi dan penumpang wanita yang menaiki Proton Waja yang parah dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, manakala pemandu proton waja dan anaknya yang berusia setahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat..



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang maut, dua parah gara-gara elak bangkai babi hutan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top